Daun Sabung vs Daun Melinjau

daun-sabung

Siapa sangka daun yang diikat dengan sebegitu kemas rupa-rupanya daun melinjau yang terkenal di kalangan orang Jawa di Malaysia. Penulis sendiri juga hampir tidak dapat mengenali daun ini disebabkan rupabentuk daunnya yang sedikit berlainan. Daripada rujukan yang telah dibuat di beberapa buah Blog ternyata menunjukkan daun Melinjau adalah sama dengan Daun Sabung yang banyak terdapat di Sarawak.

daun-sabung4

Jadi, pada pandangan penulis, keumungkinan terdapat beberapa varieti atau jenis pokok Melinjau yang terdapat di Malaysia yang tidak diketahui umum kerana kurang kajian terhadapnya.

daun-sabung2

Daun Sabung memang amat digemari oleh masyarakat di Sarawak khususnya kaum Iban. Jadi, tidak hairanlah ia banyak dijual di pasar-pasar tamu di sana. Antara masakan yang digemari ialah daun sabung  direbus bersama dengan ikan sungai,  digoreng bersama ikan bilis, masakan sup ikan salai dan pelbagai jenis lagi resepi. Di Semenanjung, sayur ini lebih popular dimasak air atau gulai lemak putih.

daun-sabung3

Jika anda mempunyai resepi istimewa dari daun Sabung, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :19275