Daun Ketumpang Air

ketumpang-air
Siapa sangka pokok yang tumbuh liar di dalam pasu dan celah-celah parit ini boleh dimakan sebagai ulam mahupun dibuat sayur. Lebih menarik lagi ia juga dijual di salah sebuah pasar di Sabah. Gambar di atas merupakan kiriman seorang rakan yang ingin mengetahui nama pokok ini dan khasiat penggunaannya.

Pokok ketumpang air atau nama saintifiknya Peperomia pellucid merupakan sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh di tempat lembap dan teduh. Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai pokok ini, anda boleh membacanya di sini.

untitled-2
Artikel kali ini saya cuma ingin berkongsi apa yang dikongsikan oleh rakan di FB mengenai pokok ini. Ada yang mengenali pokok ini sebagai bayam jepun , pokok rangu-rangu, sirih air dan sirih puteri. Mengenai khasiat pokok ini, ada yang memberitahu pokok ni dapat dijadikan ubat bagi jerawat batu dan dipercayai dapat memecahkan batu karang. Sejauh mana keberkesanannya, hanya mereka yang pernah mencubanya sahaja yang tahu.

Menurut rakan yang berasal dari sabah, mereka memang biasa makan sebagai ulam dan juga di tumis dengan bawang putih dan dicampur dengan sos tiram sahaja. Selain itu, boleh juga di campurkan dalam sup ayam.

Sampai di sini perkongsian saya mengenai pokok ketumpang air yang mempunyai banyak rahsia tersembunyi. Jika anda juga mempunyai cerita mengenai tumbuhan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :14038