Buah Kundur

buah-kundur

Kundur atau nama saintifiknya Benincasa hispida merupakan sejenis sayuran yang tidak berapa popular di Malaysia. Namun, bagi sesetengah orang, buah ini memang sedap sekiranya tahu cara menyediakannya. Penulis sendiri pun belum pernah mencuba menggunakan dalam masakan melainkan pernah merasa air minuman kotak berperisa kundur.

Tahukah anda Kundur merupakan sejenis tumbuhan memanjat atau menjalar atas tanah. Suatu ketika dahulu, penulis pernah berjumpa tanaman ini memanjat pada pokok yang besar dan buahnya bergantungan.

khasiat-buah-kundur

Kebiasaannya, buah ini lebih popular dibuat halwa dan di campurkan ke dalam sup. Selain itu, isi kundur juga boleh direbus sampai hancur, campur gula dan dijadikan minuman bagi menyejukkan badan. Jika anda mempunyai resepi istimewa menggunakan buah kundur, bolehlah kongsikannya di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :13025