Pokok Peluru Meriam @ Cannonball Tree

cannon-ball-tree5

Artikel kali ini mengenai pokok yang unik yang pasti buat anda rasa teruja apabila pertama kali melihatnya. Bagi saya ini merupakan lokasi yang kedua saya melihat pokok Cannonball ini. Kali pertama saya melihatnya semasa melawat ke Taman Pertanian Sabah Tenom 2 tahun yang lalu.  Jika anda ingin tahu, pokok yang anda lihat ini juga terdapat di Taman Botani Pulau Pinang. Tetapi sayang,  tidak dapat melihat buah Cannonball di sini. Yang ada hanyalah kuntuman bunga cantik yang sedang mekar dan memberi aroma yang menyegarkan apabila dihidu.

cannon-ball-tree22

Yang menarik tentang pokok ini, bunga dan buahnya hanya keluar pada batangnya sahaja dan tangkai bunga/buahnya boleh cecah hingga ke tanah. Mengikut rujukan, buahnya yang masak memerlukan masa 9 bulan dari mula bunganya menghasilkan buah. Apabila masak ia akan gugur jatuh ke tanah dan pecah disebabkan buahnya yang berat. Buahnya yang pecah akan memberikan bau yang kurang enak atau orang putih kata ” smells unpleasant “.

cannon-ball-tree31

Cantik tak bunganya?

cannon-ball-tree41

Nak tengok tak buahnya? Gambar yang anda lihat di bawah ini telah saya rakamkan semasa melawat ke Taman Pertanian Sabah. Memang banyak pokok terdapat di sana.

cannon-ball

Saya tidak pasti buah ini bermusim atau sebaliknya. Namun, semasa berkesempatan melawat ke sana, memang banyak sekali pokok yang sedang mengeluarkan buah. Buahnya sebesar buah kelapa. Beratnya juga lebih kurang buah kelapa.

cannon-ball0

Menurut rujukan, buahnya pernah dilihat di makan oleh haiwan tetapi bagi manusia ia dikatakan boleh menyebabkan keracunan. Namun, dari segi perubatan daun, bunga dan buahnya dikatakan boleh dijadikan bahan ubat sekiranya menggunakannya dalam dos/sukatan yang betul.

cannon-ball2

Jadi, bolehkah anda membayangkan berapa besar buah dan bunga pokok ini?

cannon-ball3

Pernahkah anda melihat pokok ini dijumpai di mana-mana? Di harap boleh kongsikan di sini.

Number of View :24877