Bungor Inai

lagerstroemia

Bungor Inai atau nama saintifiknya Lagerstroemia indica juga dikenali dengan nama Crepe Flower dan Crepe Myrtle. Bunga pokok ini memang seakan dengan pokok bungor raya atau nama saintifiknya Lagerstroemia speciosa. ( Akan datang saya akan memperkenalkan pokok ini ).

bungor-inai1

Pokok bungor inai ini memang banyak dijumpai ditanam di pembahagi jalan atau dijadikan sebagai sempadan di halaman rumah/taman. Bagi mereka yang ke Putrajaya atau tinggal di Putrajaya sudah pasti biasa melihat tanaman hiasan ini. Pokok ini dikatakan boleh mencapai ketinggian 3-5 meter sekiranya tidak dicantas, namun di kawasan Putrajaya saya biasa melihat pokok ini dicantas bagi mengekalkan bentuknya. Kebiasaannya, jambak bunga terdapat pada hujung dahan. Bunganya yang biasa dijumpai berwarna merah jambu dan putih. Gambar di bawah merupakan putik bunga yang belum lagi mengembang.

bungor-inai2

Pokok ini boleh dibiak melalui keratan dan  sesuai hidup di kawasan yang terdedah dengan cahaya matahari. Cantasan perlu dilakukan agar ia akan tumbuh banyak bunga dan lebat merimbun. Menurut rujukan,  ia mempunyai khasiat perubatan yang dipercayai mampu mengubati buasir, penyakit kuning, bengkak, sakit gigi, batuk dan muntah darah

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

 

Number of View :21950