Bunga Vinca @ Kemunting Cina

Bunga Vinca atau nama saintifiknya Catharanthus roseus tergolong dalam famili Apocynaceae. Dahulu di kampung-kampung ia sangat dikenali dengan nama Kemunting Cina atau ada juga yang memanggilnya  pokok Jalang kampung. Namun ketika itu hanya terdapat bunga jenis berwarna putih dan ungu sahaja.

Kini, hasil kacukan pelbagai jenis varieti (hibrid), terdapat pelbagai puluhan jenis warna bunga vinca yang telah dijual di pasaran. Kecantikkan corak dan kepelbagaian warna membuatkan ramai orang yang meminati bunga ini. Saya sendiri pernah membeli 3 jenis varieti vinca seperti gambar di dalam artikel ini.

Di katakan Vinca hibrid tidak mempunyai ketahanan fizikal seperti vinca kampung. Jangka hayatnya lebih pendek dan sering kali mati awal. Saya turut mengakui perkara ini kerana pokok vinca yang saya tanam tidak tahan lasak dengan cuaca hujan dan akhirnya mati. Sebab tu agaknya harga lebih murah. Saya beli 3pokok Vinca dengan harga RM10 di Nursery Sg. Buloh beberapa bulan yang lalu.

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

>> https://t.me/tumbuhan

Number of View :273