Bunga Kenanga

Bunga Kenanga atau nama saintifiknya Cananga odorata tergolong dalam dalam famili Annonaceae. Sama famili dengan pokok durian belanda. Pokok ini kebiasaanya dijadikan tanaman hiasan bagi menyerikan keindahan sesuatu kawasan. Gambar pokok kenanga ini saya rakamkan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 11. Pokok ini juga pernah saya jumpa ditanam di beberapa hentian rehat lebuhraya.

Pokok kenanga adalah sejenis tumbuhan saka berbatang kayu dan mempunyai ketinggian yang boleh mencapai sekitar 5-20 meter. Jangka hayatnya boleh mencapai sehingga puluhan tahun. Pokok Kenanga boleh dibiakkan melalui biji benih, tut dan keratan batang. Pokok yang dibiakkan secara tut tidaklah sebesar pokok yang tumbuh liar di hutan.

Bunga Kenanga yang berwarna kuning sangat menarik perhatian selain berbau harum dan wangi. Jika dilihat, bentuk kelopak bunganya panjang seperti helaian daun atau seakan kulit pisang yang dikupas.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :2037

Bunga Kenanga Harum Semerbak

kenanga

Kenalkah anda dengan bunga ini? Sekali lihat memang bunga kenanga tetapi yang menjadi persoalannya ialah adakah terdapat pelbagai jenis lagi bunga kenanga yang terdapat di Malaysia? Bukan apa.. sebelum ini saya ada melihat pokok ini tetapi bunga dan daunnnya lain sedikit.. Mungkin spesis lain agaknya.
kenanga2

Pada kebiasaanya, bunganya yang berbau semerbak harum digunakan untuk membuat bunga rampai atau dipakai semasa upacara adat tertentu. Ada juga yang menghasilkan Minyak ekstrak (essential oil) untuk digunakan dalam perubata dan sebagainya.

kenanga3

Ada sesiapa yang ada menanam bunga ini atau pernah menggunakan bunga ini. Mungkin ada tujuan lain yang ramai orang tidak tahu. Harap anda dapat kongsikan di sini..

Number of View :12884