Bunga Jeliti

bunga-jeliti2

Artikel kali ini adalah mengenai sejenis tanaman hiasan yang mempunyai bunga berwarna putih dan seringkali di tanam di dalam pasu. Pokok Jeliti atau nama saintifiknya Wrightia religiosa di katakan berasal dari negara Thailand. Di sesetengah tempat ia juga dikenali dengan nama pokok Melati.

bunga-jeliti

Pertumbuhan pokok ini dikatakan lambat dan ia memang banyak dijadikan sebagai pokok bonsai dan topiari. Bunganya yang berbau harum membuatkan ia digemari untuk di tanam di halaman rumah atau dikawasan taman.

bunga-jeliti3

Pembiakan pokok ini adalah melalui keratan batang dan juga biji benih. Pokok ini sesuai ditanam ditempat terbuka dan menerima cahaya matahari penuh.

Number of View :25013