Khasiat Bunga Betik


Ramai yang kenal bunga betik, tetapi tahukah anda terdapat 3 jenis bunga pada pokok betik iaitu bungan jantan, bunga betina dan bunga hermafrodit. Mungkin artikel akan datang Penulis akan jelaskan lebih lagi mengenai bunga-bunga betik ini. Kebiasaanya, bunga betik jantan dijadikan ulam kerana bunga betik jantan amat jarang atau tidak langsung boleh mengeluarkan buah. Bunga betik jantan secara lumrahnya bertangkai panjang.


Artikel kali penulis ingin kongsikan khasiat bunga betik kepada kesihatan kita. Bunga betik dipercayai amat baik untuk mengubati penyakit darah tinggi. Rasanya yang pahit membuatkan ramai yang tidak menyukainya. Namun, bagi yang sudah biasa, rasa pahit hanya perkara kecil. Kebiasaanya, bunga betik tersebut dicelur terlebih dahulu bagi melembutkannya dan mengurangkan sedikit rasa pahitnya. Ada juga yang merebus beberapa tangkai bunga betik jantan bersama air dan sedikit gula. Air rebusan tersebut boleh diminum sehari dua kali pada waktu pagi dan malam.

Number of View :26327