Jenis Buluh

Artikel ini saya ingin kongsikan beberapa jenis buluh yang telah dikeringkan dan dijadikan sebagai bahan pameran. Gambar ini dirakamkan semasa kunjungan ke Taman Eco Rimba Kuala Lumpur (KL) pada bulan November 2017 yang lalu. Pokok buluh ini juga boleh dijumpai di sana. Pokok buluh tergolong dalam famili Poacea sama seperti pokok lalang (Imperata cylindrica), padi (Oryza sativa L) dan tebu (Saccharum officinarum L).

Buluh Lemang atau nama saintifiknya Schizostachyum brachycladum. Telah mula ditanam secara komersil kerana mendapat permintaan yang tinggi.

Buluh Semeliang atau nama saintifiknya Schizostachyum grande. Buluh ini dikatakan sesuai untuk pembuatan rangka dan kraftangan.

Buluh Betong atau nama saintifiknya Gigantochloa thoi. Buluh ini dikatakan menghasilkan rebung yang enak.

Number of View :213

Buluh Lemang – permintaan tinggi menjelang Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri semakin menjelang tidak lama lagi. Lemang merupakan sejenis makanan tradisional masyarakat Melayu yang selalu disediakan sebagai juadah di pagi raya dan untuk tetamu yang datang berkunjung ke rumah. Lemang yang dihasilkan adalah daripada campuran pulut dan santan, kemudian dimasukkan ke dalam buluh dan seterusnya dibakar secara tradisional menggunakan arang dan kayu api.

Oleh sebab itu, ramai pengusaha sudah mula mencari buluh lemang disebabkan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan penjual lemang khususnya. Di petik dari artikel sebuah akhbar tempatan. Dimaklumkan pencari buluh lemang yang tinggal di sekitar Padang Terap, mendapat permintaan buluh lemang sehingga mampu cecah 2,000 hingga 3,000 batang.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak sanggup mencari bekalan buluh lemang ini kerana bimbang dengan gatal dari miang buluh itu sendiri dan risiko diancam binatang berbisa seperti ular tedung. Harga batang buluh yang sudah dibasuh boleh dijual dengan harga RM1 sebatang dan 70sen jika tidak membasuhnya. Kebanyakan peniaga akan minta buluh yang sudah siap dibasuh supaya memudahkan kerja mereka.

Kredit : Gambar diperolehi dari peraktoday.com.my

Number of View :2442

Buluh Lemang

Buluh Lemang atau nama saintifiknya Schizostachyum brachycladum tergolong dalam famili Poaceae, sama famili dengan tanaman serai (Cymbopogon citratus). Buluh Lemang hidup secara berumpun dan boleh mencapai sehingga 10-15 m tinggi. Adakah pokok buluh mengeluarkan berbunga ? Ya, tapi sangat sukar menjumpainya.

Apabila tibanya hari raya, ramailah yang mencari buluh lemang. Tidak kiralah peniaga lemang atau yang sudah biasa masak lemang untuk dijadikan sebagai juadah di hari raya. Masak sendiri lebih puas hati dan jauh lebih jimat berbanding membelinya. Harga pasaran buluh lemang bersaiz 18 inci ketika ini bermula dari RM1.00 hinggalah mencecah RM1.50 sebatang.

Pada yang baru nak mengenali buluh lemang bolehlah ke Taman Botani Putrajaya. Kenal dahulu, baru tahu.

Number of View :15514