Buah Rotan Sarawak

buah-maram-buah-rotan

Pasar Tamu di Sarawak memang popular dengan jualan hasil-hasil hutan terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan. Antara buah-buahan liar  tidak bermusim yang terkenal di Sarawak ialah buah Rotan atau nama saintifiknya  Calamus spp. Buah Rotan mempunyai pelbagai jenis bentuk dan variasi warna. Ada sesetengah orang yang terkeliru kerana kulit buah ini seakan-akan buah kelubi.

buah-maram-buah-rotan3

Diketahui, kebanyakkan buah rotan di Semenanjung mempunyai saiz buah yang lebih kecil berbanding dengan buah rotan di Sarawak di mana saiznya lebih besar. Spesis atau jenis pokok rotan tersebut membezakan ciri-ciri buah tersebut. Penulis sempat mencuba merasai buah rotan dari Sarawak yang didapati banyak dijual di Pasar Tamu Bintulu. Rasa isinya masam seakan buah kelubi berbanding buah rotan di sini, rasanya kelat dan sedikit manis.

buah-maram-buah-rotan2

Tahukah anda, menurut sumber terdapat 79 jenis rotan di Sabah, 106 di Sarawak dan 107 di Semenanjung. Antara rotan yang popular digunakan secara komersil ialah rotan Manau. Namun sayangnya, penulis masih belum berkesempatan untuk melihat pokok rotan dengan lensa mata yang sebenar. Jika anda ingin kongsikan sesuatu mengenai pokok rotan ini, bolehlah kongsikannya di sini.

Number of View :17734

Buah Rotan

buahrotan

Siapa pernah makan buah rotan? Buah Rotan merupakan sejenis buah yang jarang sekali didengari dan ia memang banyak di dalam hutan. Kepada yang biasa masuk hutan terutamanya abang-abang askar, sudah tentu mengenali pokok ini. Penulisan mengenai buah ini sememangnya amatlah kurang. Daripada maklumat yang ditemui, buah ini akan berwarna putih kuning apabila sudah masak. Saya tidak pasti, adakah buah rotan ini mempunyai pelbagai spesis. Anda perlu membuang kulit untuk mendapat isinya. Rasa buah ini dikatakan manis-manis kelat. Mungkin seperti rasa buah salak.

Jika anda mempunyai pengalaman merasai buah ini, bolehlah dikongsikan di sini.

p/s: Siapa pernah dengar Buah Muzi?

Number of View :28477