Buah Rambai & Buah Tampoi

buah-tampoi

2 hari lepas saya berkesempatan ke Hulu Langat di atas jemputan kenduri kahwin oleh seorang sahabat. Dah terlanjur ke sana, saya pun menuju ke Sg. Congkak. Dah lama tidak merasai kenikmatan  mandi air sungai. (sampai sana tak sempat mandi pun). Dipendekkan cerita, on the way ke sana, terjumpa orang kampung  jual buah rambai dan buah tampoi.

buah-tampoi2

Sempat juga bertanya kepada makcik yang menjual buah tampoi tu, di mana dia mendapatkan buah tampoi tersebut. Katanya, orang dari Pangsun ( nama tempat yang terletak di kawasan Hulu Langat) yang hantar. Oleh kerana dah tanya, kena lah beli 2 ikat. Walau pun buah tidak berapa molek, dapat jugalah rasa buah tampoi bagi tahun ini. ( kali terakhir makan semasa di Bidor, hujung tahun 2009).

buah-rambai

Tetapi sayang, sebab tidak sempat nak rasa buah rambai. Bukan apa, tidak berapa minat sangat ( sebenarnya malas nak turun beli). Sempat ambil gambar je la sebagai tatapan mata anda..

buah-rambai2

Kepada yang mengidam kedua-dua jenis buah ini, bolehlah pergi ke sana ( selagi stok masih ada). Mungkin di tempat anda buah tampoi ,  buah rambai atau buah-buah lain juga sedang berbuah. Di harap bolehlah dikongsikan di sini. Boleh saya mengadakan lawatan ke sana (kalau sempat la).

Number of View :18976