Buah Katak Puru paling popular ?

buah-katak-puru

Percaya atau tidak, buah Katak Puru atau juga dikenali dengan buah nam-nam merupakan salah satu buah nadir yang popular di Malaysia. Buah Katak Puru masih lagi dijumpai di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak (tidak ketahui). Ini dibuktikan dengan perkongsian oleh rakan-rakan di Fanpage ini. Ramai yang memberi komen dan ulasan mengenai buah ini. Ini menunjukkan ramai yang masih mengenali dan pernah menikmati rasa buah katak puru ini. Tahniah !!

buah-katak-puru2

Bagi peminat buah ini, buah katak puru memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kicap atau kuah rojak. Rasanya masam-masam manis apabila sudah hampir masak. Ada sesetengan tempat yang menggunakan buah ini untuk dibuat kerabu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan/daging/ayam.

buah-katak-puru3

Dari segi khasiat perubatan, buah ini dipercayai amat baik untuk merawat pesakit darah tinggi. Sejauh mana keberkesannya, anda yang pernah mencuba boleh kongsikannya di sini.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :27538