Buah Mentega

mentega3

Buah Mentega atau nama saintifiknya Diospyros blancoi merupakan salah satu jenis buah yang tergolong dalam buah-buahan nadir atau buah yang jarang atau  sukar untuk dijumpai hari ini. Kulit buah mempunyai bulu halus seperti baldu.  Ada sesetengah orang yang kata Buah mentega rasanya manis dan sedikit berlemak dan baunya harum ketika dimasukkan kedalam mulut. Ada juga yang menyatakan ia boleh juga dihiris dan dicampur dengan buah-buahan lain dan dijadikan rojak buah.

mentega

Saya pernah juga rasa buah ini tetapi tidak tahulah di mana rasanya manisnya.. Mungkin ada di sana juga pernah merasai buah ini. Bagaimana pula anda menterjemahkan rasa buah ini? Masam ke? Manis ke? Kelat ke?

mentega2

Selain itu, selain kegunaan makan begitu sahaja, mungkin anda boleh kongsikan kegunaan lain buah ini atau pokok ini..  dan masih lagikah ia di tanam di kawasan tempat anda. Harap kongsikan sedikit cerita anda di sini..

Number of View :45788