Mangga R2E2

Buah Mangga memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Salah satu varieti buah mangga yang sering dijumpai dijual di pasaran ialah Mangga R2e2 atau disebut Mangga Red Star R2E2. Buah yang dikatakan berasal dari Australia ini mudah dikenali kerana mempunyai warna kulit yang kemerahan. Saiz buah mangga R2E2 besar, lebih kurang 1kg. Isinya bewarna kuning dan mempunyai biji yang nipis. Walau bagaimanapun, rasanya tidaklah semanis mangga varieti chokanan.

Pada masa kini, buah mangga R2e2 banyak dibawa masuk dari Thailand. Harganya mencecah sehingga RM8-RM10/kg. Jika kena pada musimnya, buah ini boleh didapati dengan harga yang lebih murah.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :111

Mangga Udang Merah

mangga-udang-merah

Di Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian jenis mangga. Di Jabatan Pertanian sahaja sudah lebih 200 varieti mangga telah didaftarkan. Salah satu jenis mangga yang menarik perhatian ialah Mangga Udang Merah yang saya temui semasa ke Pekan Rabu di Alor Setar, Kedah bulan Mei yang lalu. Daripada keseluruhan buah, hanya sebahagian sahaja berwarna merah dan sebahagian lagi bewarna hijau atau kuning apabila masak.

mangga-udang-merah2

Saya hanya membeli cuma sebiji buah untuk cuba merasainya. Saya tidak pasti rasa sebenar buah mangga ini kerana kemungkin buah yang saya beli tidak matang semasa dipetik atau ada sebab-sebab lain. Ini kerana rasanya tidaklah manis atau masam. Susah hendak diceritakan. Pendek kata, ia tidak sedap dan bukan citarasa saya.

Menurut penjual, beliau sendiri menanam pokok tersebut dan cuma ada beberapa pokok sahaja. Jika anda biasa melihat atau ada menanam mangga udang merah ini silalah kongsikannya di sini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhanNumber of View :6437

Mangga Sala

mangga-sala2

Mangga Sala sememangnya tidak asing lagi di kalangan penduduk sebelah utara khususnya Perlis dan Kedah. Memang jarang sekali berjumpa buah ini dijual di Pasar Tani di Putrajaya. Semalam, Penulis sempat mendapatkan buah mangga Sala ini dengan harga RM10 utk 4kg buah atau 1kg RM2.50. Purata 2biji buah bagi setiap kg berat buah. Namun, menurut sumber saiz buah mangga ini boleh mencecah sehingga 1kg bagi sebiji buah.

mangga-sala

Kulit buah mangga Sala berwarna kehijauan walaupun isinya yang kuning sudah masak. Rasa isinya tidaklah boleh dibandingkan dengan buah mangga yang lain seperti mangga chokanan atau mangga water lily (nam dok mai). Rasanya kurang manis dan ada sedikit masam. Namun, bagi Penulis mangga ini memang sedap juga dimakan segar juga selain dicecah dengan kuah rojak.

mangga-sala3

Ada juga yang suka buat pulut mangga menggunakan mangga ini. Jika anda mempunyai sesuatu untuk diceritakan mengenai mangga ini, bolehlah kongsikannya disini.Number of View :11279