Buah Kuini

kuini
Buah Kuini merupakan sejenis buah yang tidak asing lagi di kalangan orang-orang lama khususnya yang tinggal di kawasan kampung. Aroma buahnya yang telah masak memang menusuk kalbu dan menyebabkan enzim amilase dari air liur mula mengalir.  Yang kurang bestnya apabila selepas makan kebiasaanya serabut kuini akan sangkut pada gigi dan perlu dibuang dengan benang atau lebih elok gosok sahaja gigi. Bagi yang sedang mengidam makan buah kuini sekarang, anda boleh beli di gerai buah di kawasan pekan Ayer Hitam, Johor. Harganya saya tak pasti, terlupa nak tanya.

Number of View :16258