Buah Kekatong

Buah Kekatong atau nama saintifiknya Cynometra malaccensis tergolong dalam famili Fabaceae (Leguminosae). Sekali pandang bentuknya seakan buah katak puru atau nam-nam ( Cynometra cauliflora ). Buah katak puru kebiasaanya berbunga di batang utama, tetapi buah kekatong kebiasaanya berbunga di ranting-ranting kecil.

Pokok ini masih banyak terdapat di dalam hutan kita di Malaysia. Bagi yang tidak sempat masuk ke hutan bolehlah berkunjung ke Taman Warisan atau di Taman Botani Putrajaya. Saya tidak pasti adakah pokok ini sentiasa berbuah atau juga bermusim. Gambar ini diambil pada bulan April tahun 2016.

Menurut sumber, pokok ini boleh tumbuh mencapai sehingga 20-40 meter. Maklumat mengenai buah ini tidak banyak. Saya tidak pasti samada buah kekatong boleh dimakan atau tidak. Jika anda mempunyai maklumat mengenai buah ini silalah kongsikannya di sini.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :192

Buah Katak Puru paling popular ?

buah-katak-puru

Percaya atau tidak, buah Katak Puru atau juga dikenali dengan buah nam-nam merupakan salah satu buah nadir yang popular di Malaysia. Buah Katak Puru masih lagi dijumpai di seluruh Malaysia kecuali Sabah dan Sarawak (tidak ketahui). Ini dibuktikan dengan perkongsian oleh rakan-rakan di Fanpage ini. Ramai yang memberi komen dan ulasan mengenai buah ini. Ini menunjukkan ramai yang masih mengenali dan pernah menikmati rasa buah katak puru ini. Tahniah !!

buah-katak-puru2

Bagi peminat buah ini, buah katak puru memang sedap dimakan begitu saja atau dicicah dengan kicap atau kuah rojak. Rasanya masam-masam manis apabila sudah hampir masak. Ada sesetengan tempat yang menggunakan buah ini untuk dibuat kerabu. Selain itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan bau hanyir ikan/daging/ayam.

buah-katak-puru3

Dari segi khasiat perubatan, buah ini dipercayai amat baik untuk merawat pesakit darah tinggi. Sejauh mana keberkesannya, anda yang pernah mencuba boleh kongsikannya di sini. Number of View :27204