Daun Kari

daun_kari

Pokok kari atau nama saintifiknya Murraya koenigii tergolong dalam famili Rutaceae. Ia adalah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter. Pokok kari biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi.

Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya. Lebih elok memakan mentah (ulam) seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara semulajadi. Amalan memakannya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.

Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.

 

Number of View :10114