Buah Jambu Mawar

putik-jambu-mawar
Artikel kali ini mengenai satu lagi jenis spesis yang juga semakin sukar untuk ditemui yang dikenali buah jambu mawar. Gambar dan informasi ini telah dikirimkan melalui email oleh saudara Jalaluddin Asram 3 hari yang lalu. Serba sedikit coretan mengenai buah jambu mawar yang sudi dikongsikan oleh beliau boleh anda baca di bawah ini;

Baru-baru ni saya balik ke kampung halaman di Muar, Johor dan meninjau-ninjau sekitar rumah bonda dan terlihat buah jambu mawar ni. Rasanya ramai anak-anak muda tak dapat mengenali spesis jambu ni lantas kesukaran menemuinya. Jambu batu, jambu air, jambu bol, jambu madu dan jambu botol masih ada disekitar rumah bonda saya ni.. Alhamdulillah anak cucu berpeluang mengenal spesis jambu-jambu ni…

bunga-jambu-mawar

Berbalik kepada jambu mawar tadi rasanya ia berbuah sepanjang masa.. entahlah setiap kali balik kampung mesti ada berbuah dan berbunga. Tapi tak la lebat sangat. Bunganya ala-ala bunga jambu bol tapi berbunga dihujung tangkai tak seperti jambu bol berbunga didahannya.
Buahnya bila ranum akan kekuningan dan berbau wangi. Sungguh enak aromanya…. Bila nak makan, ambil dulu baunya…baru la makan. Bijinya seiras jambu bol
Pokoknya agak besar juga dan banyak dahan. Khasiatnya kurang pasti la pulak…

jambu-mawar1

Itulah informasi mengenai  buah jambu bol yang ingin dikongsikan oleh saudara Jalaluddin. Terima kasih sekali lagi kerana sudi mengirimkan gambar. Bagi anda yang masih ada menanam pokok jambu mawar ini di kampung halaman, diharap dapat memberi sedikit komen di sini.

Number of View :30319