Meneroka Potensi Buah Dabai Sarawak

buah-dabai

Artikel saya kali ini tentang buah Potensi Buah Dabai di Sarawak. Gambar yang anda lihat ini juga merupakan sebahagian pameran di MAHA2010 yang lalu. Memang tidak disangka sama sekali terdapat pelbagai jenis produk hasil dari buah dabai yang dahulunya kurang dikomersilkan. Serba sedikit tentang buah Dabai yang dapat saya coretkan di sini. Buah Dabai juga dikenali buah zaitun sarawak. Ia berbuah dua kali setahun iaitu pada bulan Mei dan Disember. Kajian mendapati kandungan asid lemak isi dabai hampir menyerupai minyak kelapa sawit dengan komposisi utama asid palmitik, asid linolik dan asid linolenik.

buah-dabai2

Antara produk-produk dari buah dabai ialah seperti minyak dabai. Saya pun terlupa minyak di atas ini adalah minyak wangi atau minyak pati.

buah-dabai3

Selain itu, terdapat juga produk Dabai Paste dan sos Dabai. Ada sesiapa pernah rasa ke makan sos Dabai ni. Orang Sarawak mungkin dah cuba agaknya.

buah-dabai4

Kepada peminat mayonis bolehlah mencuba mayonis daripada buah Dabai pula.

buah-dabai5

Keropok dari buah Dabai pun nampak macam menarik juga. Mungkinkah setanding dengan keropok ikan terengganu.

buah-dabai6

Ada juga sabun dari buah Dabai. Mungkin tidak lama lagi akan keluar pencuci muka buah dabai dan sebagainya.

buah-dabai7

Bagi anda yang tinggal di Sarawak, pernahkah anda mencuba produk-produk dari buah Dabai ini? Bolehlah berikan sedikit komen tentang produk buah dabai ini.

Number of View :32990