Buah Mencepu

cerapu4

Buah Mencepu atau Cerapu ( Garcinia prainiana ) sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat yang tinggal di kampung-kampung. Dahulu, pokok cerapu memang diketahui banyak terdapat di kawasan sekitar Perak, Negeri Sembilan, Kelantan dan beberapa negeri di sebelah pantai Timur. Kini, satu demi satu pokok ditebang bagi memberi laluan kepada pembangunan yang kian pesat.

cerapu6
Pokok cerapu mengeluarkan buah muda yang berwarna hijau, kemudian bertukar warna oren kekuningan dan seterusnya bertukar warna oren kemerahan apabila sudah masak. Buah yang masih muda kebiasaannya digunakan dalam masakan dan buah yang sudah masak pula boleh terus dimakan. Daripada rujukan, terdapat dua (2) jenis varieti buah cerapu iaitu buah yang mempunyai rasa yang masam-masam manis dan juga yang manis.

cerapu5
Pelbagai nama panggilan buah cerapu mengikut loghat sesuatu daerah dan negeri. Ada yang menyebut buah chupu, chopu, ceropu , kecapu , kecupu, asam Cepu dan juga manggis cepu.

cerapu

Buahnya yang sedikit bergetah dan rasanya yang masam-masam manis membuatkan ramai orang yang tidak makan secara terus sebaliknya menggunakannya di dalam masakan.

cerapu2
Masakan yang popular menggunakan buah ini ialah masak lemak cili padi bagi menggantikan penggunaan asam keping ataupun asam jawa. Menurut orang yang berasal dari Negeri Sembilan, mereka akan menukar rasa masakan lemak cili padi mengikut rasa asam yang digunakan. Apabila sudah jemu dengan masak lemak menggunakan asam gelugur, maka mereka menggantikannya dengan buah belimbing buluh, buah bacang dan juga buah mencupu.

cerapu3

Selain itu, buah ini juga boleh dicampurkan dalam ramuan membuat sambal cili padi. Jika anda biasa makan buah ini, bolehlah kongsikan sesuatu di sini.

Number of View :25535

Buah Cerapu ke Buah Kecupu ?

cerapu

Siapa biasa rasa buah di atas ni tentu kenal dengan buah ni.. Buah cerapu atau ada juga dikenali dengan buah kecupu memang sudah jarang dapat kita lihat lagi.. Walaupun buahnya menarik, rasanya belum tentu boleh diterima oleh lidah anda. Nak rasa sedikit memang sedap bagi saya, tetapi nak makan banyak memang tak tertelan. Rasanya sedikit masam dan ada rasa manis.

Ada yang pernah cuba ke..? Kalau pokok ini masih ada di tempat anda, di harap ceritalah serba sedikit mengenainya.. Selain dari makan, ada lagi ke kegunaannya..  Boleh bagi sedikit komen !

Number of View :34812