Pokok Berangan

pokok-berangan

Kebanyakan dari kita jarang melihat pokok berangan atau buah berangan yang sebenar. Bahagian selalu kita jumpai adalah isi dalam atau bijinya yang telahpun terpisah dari kulitnya. Penulis sendiri jarang sekali dapat berjumpa buahnya, hanya berjumpa pokoknya yang masih belum berbuah. Salah satu tempat yang ada menanam pokok ini adalah terletak di Taman Pertanian Negeri Sekayu,Terengganu. Pokoknya besar dan tinggi dianggarkan lebih dari 30 tahun. Gambar pokok seperti di atas.

buah-berangan

Baru-baru ini, saya terbaca perkongsian dari seorang rakan group di FB mengenai buah berangan ini. Pokoknya tidaklah besar atau tinggi dan seakan pokok rambutan tetapi mengeluarkan buah yang banyak. Gambar buah seperti di atas. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis atau varieti buah berangan, salah satunya seperti yang anda lihat. Buahnya seakan rambutan, berbulu keras dan tajam namun kebiasanya buahnya akan gugur macam buah getah. Biji-biji kerapkali akan terpisah dari kulitnya.

Sampai di sini perkongsian saya mengenai buah berangan, jika anda juga ada menanam pokok ini atau berjumpa dimana-mana silalah kongsikannya di sini.

Number of View :21176

Buah Berangan

buah-berangan

Mungkin anda berasa pelik melihat gambar buah di atas tetapi buah di bawah ini pula adalah sebaliknya. Buah berangan (Chestnut) memang tidak asing lagi di kalangan rakyat Malaysia. Namun, jarang sekali orang mengenali rupa sebenar buah berangan ini. Walau bagaimanapun, biji buah berangan ( gambar di bawah ) bukanlah berasal dari buah berangan seperti gambar di atas.

Buah berangan sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis. Di Malaysia, jarang sekali dijumpai buah berangan yang mempunyai biji/isi yang bersaiz besar, kebanyakkannya bersaiz kecil. Dahulu, saya pernah terbaca di dalam sebuah artikel mengenai buah ini. Antara jenis buah berangan yang terdapat di Malaysia ialah seperti berangan pulut dan beberapa sejenis lagi yang saya lupa akan namanya.

berangan

Berangan yang dijual secara komersil adalah berangan yang diimport dari di luar. Ada sesetengah rujukan melaporkan, buah berangan ini adalah berasal dari China. Buahnya bersaiz lebih besar dan rasanya lebih enak. Rupabentuk buahnya juga sedikit berbeza.

Buah Berangan kebiasaanya di makan adalah dengan cara membakar. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya lembut, manis dan berperisa kacang. Kaedah penyediaan ini popular di utara China, di mana ia dimasak di dalam besen mengandungi batu arang panas. Tahukah anda, harga pasaran ketika ini adalah di antara RM 25 hingga RM 30 sekilogram.

Number of View :28433