Buah Asam Renda

asam-renda

Terkenang setiap kali pulang ke kampung semasa zaman kanak-kanak dahulu, lebih kurang 20 tahun yang lalu agaknya. Penulis memang gemar memetik buah asam renda yang  bewarna merah gelap kerana rasanya kurang masam jika dibandingkan dengan buah yang masih muda. Pokok Asam Renda atau nama saintifiknya Carissa carandas merupakan pokok yang berduri pada ranting dan mengeluarkan getah apabila buahnya dipetik.

asam-renda21

Selain dimakan mentah, ia juga boleh dibuat jeruk dan juga boleh dijemur seperti membuat asam keping.  Buah Asam Renda yang juga dikenali dengan nama buah keradang juga digunakan dalam ramuan masakan bagi sesetengah tempat. Sama seperti buah belimbing buluh, sifat masamnya digunakan bagi menyedapkan lagi masakan.

asam-renda3

Jika anda mempunyai sebarang info mengenai buah ini, bolehlah dikongsikan di sini. Bagi yang masih menanamnya di rumah, diharap teruskan peliharanya agar ia tidak pupus di telah pembangunan.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :23881