Pokok Saga

biji-saga

Artikel kali ini mengenai pokok saga di mana ramai orang lebih mengenali biji saga dari pokoknya. Pokok Saga atau nama saintifiknya Adenanthera pavonina merupakan sejenis pokok bersaiz sederhana hingga besar dan boleh tumbuh sehingga ketinggian 20 meter. Pokok ini sesuai ditanam di kawasan taman dan di pinggir jalan.

biji-saga4

Pokok Saga mempunyai daun yang halus dan bunganya bewarna kekuningan. Buahnya mempunyai kekacang yang panjangnya sehingga 20cm dan terdapat biji benih merah yang keras di dalamnya.

biji-saga2

Buah yang masak dan telah kering akan merekah dan menampakkan biji saga yang masih melekat dengan kulitnya. Lama-lama kelamaan biji saga akan gugur sendiri jatuh ke tanah.

biji-saga3

Kegunaan biji saga ni saya tidak tahu sangat tetapi menurut rujukan pada suatu masa dahulu pernah digunakan bagi mengukur berat emas. Biji saga yang merah menyala memang cantik jika dikumpulkan dan dibuat perhiasan.

biji-saga5

Biji saga ini ini memang popular di dalam pantun lama. Di sekolah dahulu pun cikgu ada mengajarnya. Tapi masa tu memang tak kenal biji saga.. Proton Saga je yang kenal.

Yang kurik kundi, Yang merah saga;
Yang baik budi, Yang indah bahasa..

Number of View :21246