Bunga Kantan

bunga-kantan

Pokok Kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior (syn: Phaeomeria speciosa) sememangnya sangat dikenali di kalangan masyarakat kita di Malaysia kerana kegunaannya dalam masakan khususnya dalam penyediaan kuah Laksa. Bahagian pokok yang digunakan adalah bunganya yang mempunyai aroma yang harum. Bunga kantan yang digunakan dalam masakan akan memberikan rasa yang lebih enak.

Harga sekuntum bunga kantan boleh mencecah sehingga RM1.50-RM2.50 di pasaran (waktu artikel ini ditulis). Disebabkan peningkatan harga bunga kantan di pasaran menyebabkan ramai yang ingin menanamnya dan secara tidak langsung harga benih bunga kantan juga turut naik.

bunga-kantan-2

Kebiasaannya, Kantan dibiakkan melalui rizom, biji benih atau belahan rumpun. Saya juga turut membeli benih bunga kantan sebagai percubaan untuk menanamnya sendiri. Benih ini dibiakkan melalui biji benih. Menurut penjual, pokok yang dibiakkan melalui biji benih mengambil masa sehingga 6-8 bulan bagi mendapatkan pertumbuhan dan ketinggian seperti gambar di bawah.

benih-bunga-kantan

Bunga Kantan juga dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri. Sekiranya anda ingin berkongsi sesuatu mengenai khasiat tanaman bunga kantan atau ada petua menggunakan bunga kantan, harap dapat coretkan di ruangan ini.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman hiasan.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :8752

Bunga Kantan

 

Kantan atau nama saintifiknya Etlingera elatior (syn: Phaeomeria speciosa) tergolong dalam famili Zingiberaceae.  Sama famili  seperti lengkuas dan halia. Ia ialah sejenis tanaman ulam tradisional Melayu. Ia dipercayai berasal dari Malaysia dan didapati tumbuh meliar di kawasan tanah yang agak lembap. Bahagian utama pokok kantan yang digunakan sebagai ulaman dan perasa di dalam masakan adalah bunganya. Kebelakangan ini tanaman bunga kantan telah diusahakan secara komersil kerana populariti dan nilainya di pasaran yang telah meningkat.

Pokok kantan ialah pokok herba yang tumbuh membiak dan merimbun secara berkelompok-kelompok. Pokok yang matang boleh mencapai ketinggian empat hingga enam meter. Pokok Kantan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah tetapi elakkan menanam di kawasan-kawasan yang menakung air.

Pokok kantan boleh ditanam dengan menggunakan rizom atau biji benih. Penanaman menggunakan rizom adalah lebih popular, kerana ia boleh mengeluarkan hasil dengan lebih cepat berbanding dengan penggunaan biji benih. Sekiranya biji benih kantan digunakan untuk penanaman, pertumbuhannya agak lambat dan akan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan hasil iaitu kira kira 1-2 tahun. Oleh itu, penanaman kantan menggunakan biji benih adalah tidak digalakkan kecuali untuk tujuan pembiakbakaan.

bunga-kantan

Kegunaan bunga kantan yang paling popular ialah sebagai perasa di dalam penyediaan kuah laksa asam, masak asam dan sebagai ulam nasi kerabu. Bunga kantan yang dicelur boleh dimakan bersama sambal belacan.

Number of View :16267