Bawang Putih untuk Sakit Saraf

Bawang Putih telah diketahui mempunyai pelbagai khasiat perubatan. Bawang Putih segar yang dicampurkan dengan madu dikatakan dapat membantu menyembuhkan selesema. la juga dapat membantu meningkatkan tenaga dan kekuatan kepada tubuh badan di samping membantu mengelakkan penyakit jantung, strok dan tekanan darah tinggi. Bawang putih juga boleh dijadikan penawar bagi penyakit sakit saraf, sakit sendi, kutil dan penyakit kulit lain.

Bawang putih juga dikatakan mampu memberi kesan terapeutik. Sulfur yang terdapat pada minyak bawang putih boleh membantu menjadi pembasmi atau pembunuh kuman dalam badan. Jika bawang putih dijadikan makanan, ia akan diserap ke dalam aliran darah kemudiannya tersebar melalui pelbagai organ seperti bahagian kulit, usus, paru-paru dan sistem perkumuhan air kencing. Semua organ-organ tersebut mendapat manfaat penyembuhan daripada khasiat bawang putih.

Sumber : Majalah Rapi, Mac 2011

Number of View :1371

5 Jenis Sayuran mengurangkan kolesterol

Tahukah anda? Terdapat beberapa jenis sayuran yang boleh membantu anda mengurangkan kolesterol dan seterusnya menjaga kesihatan. Antara sayur-sayuran tersebut ialah;

cili-padi

1. Cili
Makanan yang mengandungi cili dikatakan mampu membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Kajian menunjukkan, cili mengandungi capsaicin yang boleh membantu meningkatkan metabolisma. Capsaicin merupakan makanan termogenik di mana ia akan membakar kalori selama 20 minit selepas anda makan makanan yang mempunyai cili.

2. Daun kari
Makanan yang mengandungi daun kari yang dicampurkan dalam diet harian juga mampu bertindak mengurangkan lemak yang berlebihan serta mengurangkan kadar kolesterol dalam badan. Jika anda mempunyai berat badan berlebihan, adalah digalakkan untuk mencampur daun kari lapan hingga ke sepuluh daun kari dalam makanan diet anda pada setiap hari.

kubis
3. Kubis
Kubis mentah atau yang sudah dimasak dipercayai mampu menghalang penukaran gula serta karbohidrat berubah menjadi lemak. Oleh yang demikian, kubis boleh membantu seseorang untuk mengurangkan masalah berat badan.

4. Bawang putih
Bawang putih sememangnya diketahui banyak khasiatnya. Salah satunya ia mampu membakar lemak dalam tubuh dan membantu mengurangkan kolesterol dan mengurangkan lemak. Selain itu, bawang putih juga mengandungi bahan aktif allicin yang  mempunyai fungsi anti bakteria.

5. Kunyit
Hasil penyelidikan membuktikan komponen aktif kunyit iaitu Curcumin dapat memantu mematikan gen tertentu yang menyebabkan parut dan pembesaran hati. Selain itu, ia juga boleh mengurangkan kolesterol yang tidak baik serta tekanan darah tinggi. Selain itu, ia juga meningkatkan perederan darah dan menghalang daripada pembekuan darah. Seterusnya, kunyit juga mampu mencegah daripada menghidapi serangan sakit jantung.

 

Number of View :6887

Bawang Putih Kilatkan Kuku

Cuba periksa kuku anda.. Kuku kusam atau hitam boleh menjejaskan penampilan anda.  Jari jemari anda walaupun cantik tetapi kuku kusam pun tak guna juga.. Justeru, untuk mendapatkan kuku yang berkilat, potong dua ulas bawang putih. Gosokkan ia pada kuku sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda berpuas hati dengan hasilnya. Selepas ini, anda bolehlah berbangga dengan kuku anda..

Selamat mencuba..

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4385

Bawang putih berkesan untuk diet

Bawang putih atau ‘Alium sativum’ sudah menjadi bahan dapur ‘wajib’ ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah perisa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang mendapati khasiat bawah putih untuk kesihatan. Manfaat bawah putih antara lain sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.Kandungan bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :4960