Air Kelapa banyak khasiatnya

kelapa

Artikel kali ini tentang air kelapa. Masih lagi ku terbayang air kelapa pandan dan kelapa mataq yang sempat saya rasai sewaktu ke Pahang minggu yang lalu. Saya pasti anda semua pernah merasai air kelapa. Memang sedap meneguk air kelapa apatah lagi setelah penat bekerja atau di waktu musim panas. Air kelapa bukan sekadar penghilang dahaga tetapi banyak lagi kegunaan lain yang mungkin ramai generasi muda yang tidak tahu. Di sini saya nyatakan serba sedikit khasiat dan penawar dari air kelapa ini hasil dari sumber rujukan saya..

Antara kegunaan air kelapa yang popular dan telah diketahui adalah merawat demam campak yang mungkin anda sendiri penah laluinya. Air kelapa juga boleh dijadikan penawar racun sekiranya anda terminum atau termakan racun. Sebab itu, ada rujukan yang menyatakan, sekiranya anda mengambil ubat-ubatan, anda tidak digalakkan meminum air kelapa. Ini adalah untuk mengelakkan kesan ubat tersebut hilang.

kelapa2

Selain itu, air kelapa muda yang direbus bersama daun sena juga boleh diminum sebagai pelawas kencing . Bagi merawat sakit kelamin , air kelapa muda dicampur dengan pokok dukong anak yang telah ditumbuk bersama air limau nipis dan diminum setiap pagi. Bagi sakit kulit seperti kudis , air kelapa muda direbus dengan akan pokok manggis hutan dan dibuat mencuci luka. Air kelapa muda direbus dengan pucuk pokok rotan boleh diguna untuk mencuci rambut bagi mengatasi masalah keguguran rambut dan kelemumur. Air kelapa muda boleh dicampur dengan kunyit makan dan direbus lalu diminum bagi mengatasi masalah bengkak-bengkak badan.

Jika anda mempunyai amalan atau petua dari air kelapa, boleh kongsikan serba sedikit untuk kebaikan kita bersama..

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :19268

Penghasilan Nata dari Air Kelapa

Sejenis hasil makanan daripada air kelapa yang begitu dikenali di Malaysia ialah nata. Nata ialah sejenis makanan peraman tradisional berasal dari Filipina yang dihasilkan melalui proses fermentasi air kelapa. Jenis bakteria yang telah dikenal pasti sebagai mikroorganisma yang bertanggungjawab untuk penghasilan nata ialah Acetobacter spp. Bakteria ini boleh menghasilkan selapis filem selulosa di atas permukaan cecair yang diperam. Filem inilah yang dipungut dan diproses untuk menghasilkan nata. Hasil akhir berupa agar-agar yang jaringannya seakan-akan sama dengan jaringan buah kabung.
Kaedah pengeluaran nata adalah mudah dan tidak memerlukan alat-alat yang canggih. Walau bagaimanapun kejayaan proses ini tertakluk pada kultur yang digunakan serta kawalan keadaan fermentasi.
Bahan mentah utama untuk pengeluaran nata ialah air kelapa. Air buah kelapa yang matang dan segar hendaklah digunakan. Bahan lain ialah gula dan ammonium sulfat yang berfungsi sebagai sumber nutrien untuk pembiakan mikroorganisma. Asid asitik digunakan untuk mengawal pH atau keasidan air kelapa. Kultur Acetobacter aceti subspesies xylinum digunakan sebagai inokulum. Walau bagaimanapun, kultur tersebut tidak berapa stabil dan mudah hilang keupayaan untuk menghasilkan filem. Perisa dan pewarna bolehlah ditambah untuk menghasilkan produk yang lebih menarik. Biasanya, nata dimakan sebagai hidangan ringan.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :5160