SUNDAL MALAM UNTUK HARUMAN DI HALAMAN

Salah satu bunga yang terkenal dalam industri wangian ialah bunga sundal malam atau disebut juga sebagai santalia. Di sesetengah tempat memanggilnya sebagai Sri Pekan.

Tahan pada cahaya matahari dan boleh bertahan pada tanah yang separuh kering. Amat sesuai dijadikan pokok hiasan di halaman kerana bunganya yang semerbak teutama dikejauhan malam.

Ketinggian pokoknya sederhana tidak melebihi 3 m. berdaun hijau berkilat dan bunganya putih kekuningan. Nama saintifiknya Cestrum nocturnum dari keluarga. Mudah ditanam melalui ubi pokok bunga tersebut.

Perusahaan bedak kulit rambai ‘Bunga Tanjung’ menjadikan bunga santalia ini sebagai bahan utamanya. Bunga dikeringkan bersama beberapa jenis herba lain dan diadun menjadi bedah pupuk atau bedak gusuk untuk mandian.

Antara campurannya ialah seperti kunyit hidup (Fibraurea tinctoria),lengkuas genting(Alpinia conchigera), serai wangi (Cymbopogon nardus) jeringai (Acorus calamus) dan lain-lain lagi termasuk kulit rambai kering (Baccaurea motleyana) dalam peratusan tertentu.

Bedah campuran bunga santalia juga dijadikan mandian bagi menghaluskan dan melicinkan kulit, menghilangkan parut-parut kecil pada kulit serta mencegah ketumbuhan jeragat pada kulit.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :10143

16 comments

  1. bunga ni harum betul, tp sy takut nak tanam kat rumah… sy ni penakut skit.. seram di waktu malam…

  2. pokok sundal malam saya sering rosak sebab kena makan semut dan ada sejenis keputihan yang membuatkan pangkalnya melembik macam kena makan…

    apa yang boleh saya buat …?

  3. kat umah jiran saya ada la bunga ni. selama ini kami panggil Santalia. baru hari ini lah saya tahu yang bunga itu Sundal Malam. OOOO gini rupanya…

  4. Saya selalu membeli bunga ini kerana suka dengan baunya dan akan saya letak dalam vase di atas meja makan….harum satu rumah. Petang tadi saya ada membelinya dan selepas itu terlintas pula difikiran saya untuk mencuba menanamnya. Dari KL saya terus ke Sg Buluh… Kalau tidak ada pun tidak mengapa, same time saya pun nak mencari indoor plant untuk condo saya. First time saya lihat pokok sundal malam ini, tak sangka pokoknya macam tu aje. Jadi i belilah, nak cuba menanamnya… kalau ok next time tak payah nak beli bunganya lagi!

  5. kat mana nak beli bunga nie? tringin sgt.. ingat bunga nia x wujub.. klo sy tnye kat sume org,x de sape yg tahu pown.. hurm sdih

  6. setahu saya pokok bunga sundal malam ni ditanam dengan menggunakan ubi pokok tersebut mana pula pakai keratan atau tut….. saya ada tanam dalam pasu.

  7. akum

    di mana sya leh dpt pkk bunga ni?
    & ada sesiapa yg kenal pkk bunga telur x? @ d pggl bunga senja sbb ia mekar pd time tu..bau bunga ni sgt kuat,agak2 kta dok 50m dri pkk tu kta leh dpt bau bunga tu..setahu sya,xde bunga lain yg baunya leh p sejauh tu..

  8. saya ingin melihat pokok ini sepenuhnya (dari batang hingga bunganya) boleh sesiapa tolong?

  9. Kalau tak silap, bunga ni Polianthes tuberosa (berbawang)

    Saya ingat sundal Malam = Cestrum nocturnum

    Santalia = wrightia religiosa

  10. bayangkn pkk kucai krn sndl mlm mcm pkk tsbt. (ada sejenis lg pkk bbunga pink n putih yg biasa dtnm tp sexy dah lupa namany) bungany akan kluar terus dr tnh. yg sexy pny dh nazak. tngl 1 helai daun shj. mukin pkok byk sgt kt rmh, tu yg buat dia ni mrajuk.

  11. pening la.. byk sgt jenis bunga nie.. ada yg berubi,ada yg daun mcm daun kelapa,ada yg mcm pokok biasa.. tak tau mana satu yg betoi.. pegi lain nursery lain la pokok nya.. pening2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam