March 19, 2024
Salam semua.. Dah lama tak update Blog..  Minggu lepas pergi Ayer Hitam.  Saya nak update sedikit la statistik pencarian untuk bulan Mei.  Tahukah anda, apakah tumbuhan yang paling popular dan ramai orang ingin tahu.. Ok.. saya akan sertakan sedikit maklumat untuk anda. Berikut merupakan statistik pencarian tentang tumbuhan di Blog ini dengan menggunakan enjin carian Google/Yahoo/etc pada bulan Mei 2009. Mengikut statistik sebenar terdapat 6,388 kata carian (keyword) di enjin pencarian yang bertemu dengan Blog www.fazlisyam.com. Sedikit kekurangan berbanding bulan lepas(7,501). Namun, di bawah ini merupakan Carta top 20 yang tertinggi bagi kata carian yang tertinggi. Jumlah visitor pada bulan Mei 2009 pula ialah mencecah 11,723 orang. Kata carian orkid 226  (bilangan carian) landskap 179 bunga raya 173 herba 153 tanaman herba 138 tanaman hiasan 135 khasiat misai kucing 118 bunga ros 113 kelapa sawit 113 tunjuk langit 107 pokok gaharu 101 bunga orkid 97 roselle 93 misai kucing 88 teknologi pertanian 83 buah delima 82 tumbuhan 79 tumbuhan herba 75 periuk kera 75 rempah ratus 73 Kesimpulannya, bunga orkid sekali lagi mengekal kejuaraan iaitu menjadi bunga yang paling popular mengalahkan bunga-bunga lain walaupun cuba dipintas dengan bunga raya. Bagi kategori herba, pokok misai kucing juga berjaya mengekalkan kejuaraan dan seterusnya menjadi herba paling popular pada bulan Mei. Antara keyword atau lain-lain kata carian pada bulan April yang jarang di temui di Blog ini dan saya rasa ianya unik ialah bonsai pohon beruas, khasiat rotan songsang, khasiat daun kecubung, khasiat akar pokok inai, cara membunuh pokok buluh dan rumput gajah.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :8748

2 thoughts on “Statistik Pencarian Tumbuhan – Mei 2009

  1. salam..betul ke orkid juara..tak sia-sia bergosip pasal orkid ni..apa kata cerita pasal periuk kera plak..:-)

  2. Salam, orkid dah kedepan, apa kata kita promosikan pokok periuk kera, apa yg ana tau pokok ni ada nilai komersial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam