Sirih

Sejenis tumbuhan yang terdapat di Malaysia juga di kawasan Tropika Asia, Madagascar, Timur Afrika dan Hindia Barat. Sirih yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada empat jenis, iaitu sirih Melayu, sirih Cina, sirih Keling dan sirih Udang. Spesis sirih terdapat berbagai-bagai nama tersendiri dalam bahasa Indonesia seperti Sirih carang, Be, Bed, Siyeh, Sih, Camai, Sirih kerekap, Serasa, Cabe, Jambi, Kengyek dan Kerak.

Nama saintifiknya adalah Piper betel Linn dalam keluarga Piperaceae. Nama betel adalah dari bahasa Portugis – betle, berasal sebelumnya dari bahasa Malayalam di negeri Malabar yang disebut vettila. Dalam bahasa Hindi lebih dikenali pan atau paan dan dalam bahasa Sunskrit pula disebut sebagai tambula. Manakala dalam bahasa Sinhala Sri Lanka disebut bulat. Bahasa Thai pula disebut sebagai plu.

Sifat tabii sirih adalah sejenis pepohon yang menjalar dan memanjat pada batang pokok sekelilingnya atau kayu junjung. Bentuk daunnya agak bujur [bujur sirih]. Daun-daun sirih yang subur berukuran antara 8sm. – 12sm. lebar dan 10sm. – 15sm. panjang. Sirih sesuai hidup dengan ditanam di atas tanah gembur yang tidak terlalu lembab dan memerlukan cuaca tropika untuk membiak subur dengan air yang mencukupi.

Sirih Cina mempunyai rasa yang lebih lembut daripada sirih Melayu. Sirih Udang pula mempunyai urat daun di belakangnya yang berwarna merah dan gagangnya juga berwarna merah. Sirih Melayu adalah yang digemari dikalangan pengamal makan sirih dan juga kegunaan di dalam adat resam, dimana sirih ini berdaun lebar dan warnanya hijau pekat. Sementara Sirih Keling pula bersaiz sederhana dan berwarna kehijauan kusam, rasanya yang lebih pedas serta agak keras daunya ketika dimakan.

g.daunsirih1.jpg (54165 bytes)
Daun Sirih Melayu

g.daunsirih6.jpg (18654 bytes)
Daun Sirih Keling

Rasa sirih adalah disebabkan oleh minyak ruapan yang mengandungi fenol dan bahan-bahan terpene yang menyebabkannya pedas. Bahan-bahan yang terdapat dalam daun sirih ialah kalsium nitrat, sedikit gula dan tannin.

Faktor-faktor yang menentukan keenakan sirih adalah jenis sirih itu, umurnya dan cahaya matahari serta keadaan daun-daunnya di bahagian atas tumbuhan itu. Daun sirih untuk dimakan adalah daun-daun melintang di bahagian atas dahan-dahan sisi dan yang terbaik adalah yang terbesar sekali. Sirih hutan tidak boleh dimakan, selain daunnya yang keras rasanya juga tidak enak. Ia tumbuh dipohon pokok yang terdapat di hutan hujan tropika

Daun-daun bawahnya yang cacat (bersaiz kecil) dibuat ubat dan penawar oleh Dukun Melayu. Sirih bertemu urat adalah yang menjadi pilihan kepada Mak Bidan dalam ilmu perubatan tradisional. Pada masa kini, kegunaan sirih masih lagi penting dalam masyarakat Melayu walaupun bilangan orang yang memakannya mula berkurangan.

Number of View :10598

21 comments

  1. Assalamualaikum..

    Saya bukan nak beri ulasan tetapi ingin bertanya, adakah saudara tahu apakah jenis tumbuhan yang boleh memberikan kesan menurunkan degupan jantung atau heart rate seseorang atau kesan penenang dan meningkatkan konsentrasi? Saya harap saudara dapat membantu saya menjawap persoalan ini. tqvmch

  2. Salam kenal.
    sirih ada berbagai macam
    1.sirih melayu
    2.sirih keling
    3.sirih dijunjung
    4.sirih dipokok
    5.sirih bertemu urat
    jenis ini sirih bisa didapatkan dimana-mana.

  3. saya perlukan bekalan sireh makan yang banyak.
    sila email maklumat berkenaan mendapatkan bekalan ini kepada saya atau call saya +66856288449

  4. saya ingin menanam tanaman sireh. ada satu ekar tanah. perlukan bekalan benih sireh. tapi tak pasti nak tanam sireh apa. jika mempunyai maklumat, sila hubungi saya di 0163803026 atau melalui email : muraliray@gmail.com. sekian terima kasih

  5. Salam,

    Saya mrupakan postgrad dr USM. Sy mmerlukn bekalan sireh dlm kuantiti yg byk utk research sy. Sila contact: 014-9051312

  6. Assalamualaikum,

    Di mana boleh saya dapatkan pokok 1) Sirih Udang 2) Rumput Udang s/ada nurseri atau jenis2 kawasan yang biasa terdapat species kedua2 pokok ni.

    Sirih Udang untuk ubat resdung, rumput udang untuk ubat rabun. (Saya tak pasti rakan saya yang bagitau)

    Kalau ada gambar harap tuan boleh siarkan dan cerita tentang khasiatnya.

    Harap tuan dapat membantu.

    Sekian, terima kasih.

  7. salam,
    sy sdg mencari daun sirih utk tujuan research. ada sapa2 tak y boleh bg bekalan sirih dlm 5kg++? email:malayniumgirl_eq1@yahoo.com

  8. saya mempunyai sirih makan yang berluas 5 ekar…… jika sesiapa ingin menempah dengan berapa kuantiti juga boleh…. jus give me a cal…. 010-6600524…… kini tengah mengeksport ke singapura….. email saya alaggaindra@hotmail.com. anytime can cal me… thank you….

  9. sye ada tnm sirih yg daun lebar bulat sbb tlalu subur,asal dari kampung…ayah sye mmg pemakan sirih.sejak sye tanam dah dua kali ia berjasa kpd kwn dan ank jiran yg menjadikan hantaran sirih junjung…pernah juga kwn sye org indon ambil utk wat jamu,katanya bagus yg sye tnm drpd yg bli kat kdai.

  10. Saya memerlukan daun sireh dan pinang kering dalam kuantiti yang banyak. Sesiapa yg boleh membekal call/sms En.Zul @ 010-2911307. TERIMA KASIH………

  11. sy nak tanam sirih secara besar-besaran, daun sirih yang manakah lebih mendapat sambutan.
    any mesej can call 019-7795539- Jo

  12. Saya mempunyai anak sirih yang banyak. Sesiapa yang ingin membeli, saya menjual dengan harga berpatutan dengan minimum kuantiti. Sila hubungi saya 012-3129383.

  13. salam, saya sdg membuat kajian berkenaan sireh merah. bagaimana untuk mendapatkan pokok sireh merah? kalau ada saya ingin membeli pokok sireh merah.

  14. Salam semua. Saya berminat utk mengusahakan penanaman sirih. Ada tanah seluas 6 ekar. Sesiapa yg mempunyai pengalaman dlm bidang ini ingin dijadikan biz partner.
    Kay 0193571170 (msg or wassup)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam