Siput Berongan

siput-berongan

Siput Berongan atau nama saintifiknya Telescopium telescopium merupakan sejenis siput yang hidup di kawasan berlumpur terutama di kawasan paya bakau. Ia dinamakan sebegitu kerana disebabkan bentuk cengkerangnya seakan-akan teleskop. Makanan siput berongan ialah terdiri dari bahan-bahan yang kaya dengan bahan organik seperti hasil penguraian daun-daun kering dan bahagian tumbuhan yang telah reput.

siput-berongan2

Sekali pandang memang macam adik beradik siput sedut tetapi siput berongan ini saiznya lagi besar (8-12cm). Kali pertama melihatnya memang rasa mengujakan !! Memang puas hati kalau dapat sekilo buat masak lemak. Bagi yang ingin melihat siput ini bolehlah berkunjung ke Taman Negara Tg. Piai. Bagi yang pernah makan atau jumpa siput ini, boleh kongsikan cerita anda di sini..

Number of View :10641

3 comments

  1. Baru lepas menuai di pasir gudang. Dapat lah 2 baldi penuh lepas setengah jam main lumpur. Kukus, Oh tu je.. Dah cukup sedap rasa original

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam