Setawar – Kalanchoe pinnata

Tumbuhan ini adalah tumbuhan yang agak unik kerana akarnya boleh tumbuh tanpa medium lain kecuali udara.Daunnya selalu dijadikan mainan oleh kanak-kanak.Daunnya tebal dan berair.Tumbuhan ini membiak dengan begitu cepat sekali dan disesetengah tempat ia tersenarai sebagai rumpai perosak.Di Malaysia setawar banyak ditanam sebagai tanaman hiasan kerana struktur daunnya yag cantik.Cara pembiakannya begitu mudah sekali iaitu melalui daunnya. Ia juga boleh membiak melalui biji benih dan keratan batang. Bunganya kecil berwarna kuning kehijauan. Tumbuhan ini menyukai tempat yang agak lembap dan redup.

Dalam perubatan tradisional melayu setawar digunakan untuk menyejukkan badan terutamanya ketika di serang demam panas. Daunnya yang tebal itu diramas dan dipatahkan dalam air dan air digunakan untuk menjarang atau membasahkan kepala pesakit.Namun ramai yang tidak sedar akan khasiat lain tumbuhan ini. Ia terbukti secara saintifik dapat membantu mencegah kanser.Selain itu ia juga mempunyai ciri-ciri anti bakteria , dapat mengelakkan dan mencegah keradangan terutamanya pada kulit.daunnya yang dikisar menjadi jus boleh digunakan untuk merawat senak perut.Untuk mengubat cirit birit pula dua atau tiga helai daunnya dikisar menjadi jus yang pekat, tidak perlu ditambah air , jus ini diambil 3 kali sehari dengan sukatan 3 sudu teh setiap kali.Untuk kembung perut pula, 2 helai daunnya dikisar bersama seinci kunyit dan disapukan pada perut satu atau 2 kali sehari.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :13949

6 comments

  1. saya melakukan final project on setawar.i need some information regarding it. maybe ade contact untuk dpt kan supply

  2. just nak tau dgn lebih lanjut tenteng kegunaan setawar dgn lebih menyeluruh..and betul ker yg setawar boleh merawat kanser ?? boleh explain dgn lebih detail pasal tu leh tak??….thankss

  3. saye btol2 neeed pokok setawar today..
    nak wat kajian nieyh..
    anyone know where can i get pokok setawar??
    around ampang ehh..
    pliz help me..

  4. Salam…sy nak tanya kalau2 pihak anda boleh beri informasi di mana agaknya sy boleh dptkn herba2/tumbuhan berikut utk tujuan perubatan.sgt memerlukan tumbuhan tersebut,minta jasa baik tuan/puan,allah je dpt bls….thanks

    1.naga buana
    2.amin buah
    3. setawar
    4.ubi larut
    5.bayam berduri
    6.buah penaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam