Serbuk Koko

likur-koko

Likur koko juga dikenali sebagai pes koko adalah satu produk hasil daripada proses pengisaran isi biji koko (nibs koko). Komposisi likur koko pada asasnya adalah terdiri daripada 50-56% lemak koko, 39-48% pepejal koko, 0.5-3.5% air dan 0.1-1.5% kulit biji. Likur Koko atau coklat tulen yang dihasilkan akan digunakan untuk membuat coklat, coklat salutan atau hasil-hasil coklat yang lain.

serbuk-koko
Serbuk koko merupakan produk bersama yang dihasilkan dengan lemak koko. Walaupun serbuk koko bukan produk utama tetapi serbuk koko juga mengandungi berbagai-bagai zat yang diperlukan oleh tubuh manusia. Ini termasuklah lemak, protein, karbohidrat, Vitamin A, B, D dan E.

p/s:  >> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tanaman hiasan, pokok herba.. buah-buahan nadir.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di Channel Telegram Peminat Tumbuhan..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :6340

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam