Sekam Padi

sekam_padi

Sekam Padi adalah kulit biji padi (Oryza sativa) yang sudah dikisar. Sekam padi yang biasa digunakan adalah sekam bakar atau sekam mentah (tidak dibakar). Sebagai media tanam, keduanya berperanan penting dalam pembaikan struktur media tanaman.

  • Sekam Bakar atau arang sekam adalah sekam atau kulit padi yang dibakar dengan teknik sedemikian rupa, sehingga menghasilkan sekam yang menjadi arang (berwarna hitam). Sekam bakar yang baik adalah sekam yang sudah terbakar, tetapi tidak terlalu hancur. Sekam bakar juga mampu ‘memegang’ tanaman dengan baik. Mudah didapati dan lebih murah. Kelemahan sekam bakar adalah ianya lebih mudah lapuk.
  • Sekam Mentah juga boleh digunakan sebagai komponen media tanam. Kelebihan sekam mentah sebagai media tanam, selain bersifat porous dan mampu menahan air, adalah kaya dengan vitamin B.  Merupakan sumber kalium (K) yang diperlukan oleh tanaman, dan menggalakkan pengakaran.

Melalui rujukan saya di internet, Harga semasa sekam padi seperti yang ditawarkan pada masa sekarang ialah;

  • harga sekam padi kisar – 60 sen sekilo – minimum kuantiti 10 tan
  • harga sekam bakar – 1 guni rm9.00 – minimum kuantiti 500 guni…

Walau bagaimanapun, harga bergantung kepada kos penghantaran dan sumber yang sedia ada. Kalau musim padi, sudah tentu harganya lebih murah.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12716

7 comments

  1. Saya tertarik dgn.informasi ini. Tahukah sdra. sekam padi di daerah saya dibuang begitu sahaja. Kalau siapa ingin mengambilnya dipersilakan tanpa harga. Saya sukacita kalau saya dapat diberitahu kaedah selain drp.dibakar atau dimasukkan kedalam guni secara mentah(sekiranya ada). Terima kasih. Wassalam.

  2. Bro,sekam padi perlu melalui pemprosesan sebelum boleh diguna utk tujuan pertanian. Antara sebabnya adlh pHnya yg rendah (asidik) dan jika diguna sbg medium tanaman, menggalakkan/menyebabkan pereputan akar

  3. i need ur help…
    dulu orng gne sekam padi untuk bg thn ais 2 lme…
    aperw yg mnyebabkan ais 2 than lme bile ais 2 dsaluti dgn sekam padi…??
    i mean aperw yg ad dkt sekam padi 2??
    i need 2 knoe A.S.A.P
    plizz help me…..

  4. terkenang semasa dulu.. hatiku merasa rindu.. mungkinkh dpt btemu.. sekam padi d kampungku..

  5. As salam admin & En. Ismail Gimbad,

    Saya sekarang sedang mencari maklumat tentang sekam & jerami padi sebagai bahan rujukan. Saya amat hargai jika pihak tuan atau sesiapa sahaja yang dapat memberi informasi tentang lokasi bekalan ini (terutama di kawasan utara), harga se kilo / se tan dan contact no. jika boleh.

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam