Sedap sangat ke jering ?

jering

Jering atau Pithecellobium jiringa tergolong dalam famili Legumnasea. Jering mengandungi sebanyak 3.5% protein, 0.1% lemak, 1.7% karbohidrat dan banyak mengandungi kalsium, fosforus, besi, vitamin A, B dan juga C. biasanya biji jering dimakan sebagai ulam. Jering dipercayai dapat meransang pembuangan air kecil. Tetapi jika dimakan terlalu banyak jering boleh menyebabkan kesukaran membuang air kecil kerana ia mengandungi bahan toksid iaitu asid jengkolik yang boleh menyumbat pundi kencing. Jering juga dikatakan dapat mengubat penyakit kencing manis dan menurut kajian sains sebatian alkoloid dalam jering dapat meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Jering mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang menyukainya. Tetapi bagi sesetengah orang yang telah lama mengenali jering, rasanya yang sungguh enak terutama sekali apabila dimakan bersama sos ataupun kelapa parut bergula.
Anda suka ke makan jering ?

Number of View :4806
Baca:  Pemantauan harga hasil-hasil pertanian di Pasar Tani Putrajaya

8 comments

  1. Saya suka jering…dari kecil sampai laaa nie. Jering tua boleh dicambah untuk tambah wanginyer..cambah pakai habuk papan..mahal nie kalau kat pasar. Tapi saya buat sendiri jer. Yang tua buat gulai lemak cili padi dengan ikan bilis. Yang muda buat ulam ler. Yang cambah tu..sedap buat sambal dengan ikan bilis..

  2. mmg btol,fakta anda 2..
    tersilap rebus,xdpat kencing la anda..
    hehe..ada cara,dia nk rebus..
    tp,xingat dh mcm mane..
    nk kne,tanyer blik mmber2..
    hahha..

  3. Camne ye nak buat jering rebus? Susah tak? Tolong ajar bagaimana nak rebus ye? Nenek kata, kena rebus berulang kali. etul ke?

  4. emm..aku suker jering..
    aku kalu x lalu nk mkn..tetibe pulak bau aroma jering..mesti tetibe trus aku rase lapa…hihihi…
    jering ni aku rebus dulu bg lembut..pastu potong panjang2..dah tu goreng..
    pastu bt sambal campur dgn ikan bilis…
    aku gerenti mak metue lalu pun x nmpak…

  5. Jering rebus??? kena cuba tuh..
    Saya kalau goreng jering campur cili n bawang… uish.. leh tambah byk kali tu…

  6. syoknye boleh mkn jering. tengok ayah saya mkn, kruk..kruk bunyinye bila wat ulam tu. tapi saya x bleh masuk la, bl mkn je masti vomit.huhu..tapi yg rebus tu xpe lak.hehe..memg sedap bl cicah ngan nyok parut. tapi saya pun x pandai nk rebus caner.tengok nenek wat, dia x msk ats dpr gas, msti msk ats dpur kayu.nek kate lg sedap dr yg msk ats dpur gas.x tau la sejauh mane kbnrnnya. ape yg saya tau sental je, x kira la masak atas dpr kayu ke, dapur gas ke.hehehe. yg pntg sy berjaya mkn jering w/pn yg rebus je.hehehe

  7. ohh jengkol. org kg sy pgl jengkol.moden sikit pgl jering. dulu sy suka mkn jering yg tua. aromanya menusuk kalbu. tp semenjak gigi dah tak berapa nak ada, goyang sana sini dh kurang sikit mkn jering. lg pula perut dah xboleh terima sambal belachan lg. asik mengulang ke tandas saja.mana boleh tahan hihi sekian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam