Sawi Pak Choy Ungu

Perkembangan pembiakbakaan (plant breeding) menghasilkan pelbagai varieti sayur-sayuran di pasaran samada di Malaysia atau di luar Negara. Salah satu varieti baru sayuran yang semakin popular di pasaran Malaysia adalah Sawi Pak Choy Ungu atau Pak Choy Purple Red Dwarf (F1) yang dikeluarkan oleh Syarikat Green World Genetic. Harga biji benih di pasaran di antara RM4-RM5 yang mengandungi kira-kira 300 biji setiap bungkusan.

Warna daunnya yang merah keunguan begitu menyerlah menyebabkan ramai orang tertarik untuk menanamnya. Selain mempunyai lebih khasiat, rasanya juga dikatakan lebih sedap berbanding sawi pak choy hijau yang biasa. Namun, pada saya apabila sayur ini dimasak (tumis air), rasanya seakan sawi pakchoy yang lain juga cuma setelah dimasak warna ungu pada daunnya akan keluar sama seperti bayam merah juga.

>> Dapatkan Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan herba.. tanaman hiasan dan seangkatannya di sini.. >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :39

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam