Rumput kuda

Rumput kuda (Panicum maximum )
Rumput kuda atau rumput guinea ialah sejenis rumput menegak, berakar dalam, mempunyai daun dan batang bunga yang panjang. Tingginya di antara 1.5 – 2 m . Terdapat beberapa jenis rumput kuda, iaitu kuda biasa, green panic, hamil, coloniao dan makuene. Di Malaysia, jenis yang biasa ditanam ialah guinea biasa dan hamil kerana hasilnya yang tinggi sepanjang tahun.
Rumput ini boleh menghasilkan bahan kering sebanyak 20-26 tan/ha setahun dengan 11.9% protein kasar dan sesuai ditanam di berbagai-bagai jenis tanah. Rumput ini tahan terhadap musim kemarau yang panjang tetapi memerlukan iklim yang lembap untuk hidup subur. Ia tahan pada naungan seperti kawasan di bawah tanaman kelapa dan tanaman utama yang masih muda. Walau bagaimanapun, rumput ini tidak sesuai di kawasan air bertakung.

Kebiasaanya rumput pastura dari jenis ini boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi untuk diberikan kepada ternakan seperi kambing. Ternakan perlu mendapat makanan bermutu dan seimbang secukupnya yang akan menentukan kesihatan, kadar pembesaran, kebolehan membiak dan penghasilkan daging atau susu.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :12510

4 comments

  1. salam.. dari mana ye boleh dapat benih Rumput kuda (Panicum maximum )tersebut? terima kasih.
    0199105058

  2. benih rumput boleh didapati di pejabat pertanian di bahagian agrobumi.jika di ipoh,berhadapan bangunan lembaga getah malaysia.

  3. 1.berapakah harga bijih benih guineagrass
    (panicum maximum) utk 1 kg
    2.berapakah harga alat seedavator d an sodseeddrill
    3.apakah nama alat utk menggelek benih guinea
    grass dan berapakah harganya
    4.dimanakah sy bolih membeli benih dan peralatan
    tersebut.
    Tk.0139231381

  4. Alhamdulillah dengan mengenali berbagai jenis tumbuhan di negara ini kan ,gajah ada macam-macam pokok, harimau ada cendawan susu harimau, kuda ada rumputnya dan tapaknya,buaya dengan jin lidahnya di jadikan pokok hiasan ,kuasa Allahkan ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam