March 29, 2024
ADA penghuni rumah teres serba salah sama ada ruang halaman yang terbatas perlu ditanam rumput atau disimen saja. Namun, bagi mereka yang memiliki tanah luas mahu persekitaran rumahnya dihias tanaman rumput.Apa pun, kehijauan rumput boleh dimanfaatkan untuk menambah keindahan sesebuah taman. Ia menjadi warna latar yang dapat membantu menyerlahkan keindahan pokok yang ditanam di persekitaran rumah. BANYAK jenis rumput yang boleh mencantikkan kawasan rumah. Beberapa jenis rumput hiasan seperti rumput tikar (Axonopus), rumput bermuda (Cynodon Dactylon), rumput serangoon (Digitaria Didacttyla), rumput zoysia (Zoysia Matrella), rumput lipan (Eremochloa Orphiuriodes) dan rumput st augustine (Stenotaphrum Secundatum) menjadi pilihan untuk menstabilkan tanah, merendahkan suhu dan menyerap gas pencemar. Rumput seperti ini memerlukan penyelenggaraan dan pemotongan dengan kaedah yang betul serta berjadual untuk menyeragamkan ketinggiannya. Sesetengah peminat seni taman pula mengambil pendekatan menanam pelbagai koleksi rumput yang tidak kurang cantiknya sebagaimana pokok bunga. Rumput ekor kucing RUMPUT Sweet Vernal yang mengeluarkan bau, rumput ekor kucing yang mencapai ketinggian 100 sentimeter, rumput ekor musang, rumput barli dengan bunganya yang tersusun dalam bentuk spika yang rapat. Rumput di kawasan tandus seperti Rai dan rumput Couch dengan bunganya yang tersusun dalam gugusan dan tanpa tangkai. Rumput yang bunganya tersusun dalam gugusan bertangkai seperti rumput Cock’ Foot turut menjadi nilai pasaran sekarang. Lebih cantik lagi sekiranya rumput Brome, rumput bulu berjumbai yang bunganya mempunyai jejanggut yang berkembang dalam gugusan, rumput Bent, rumput lembut, rumput quaking, rumput padang dan rumput air tanpa jejanggut ditanam secara sekelompok. Rumput degil BAGAIMANAPUN, ada rumput tempatan dibenci pemilik taman bunga. Ia digelar rumput degil. Sesetengah spesies disebut sebagai rumput Israel yang dianggap perosak kepada keindahan taman. Bakanya sukar dihapuskan sepenuhnya walaupun menggunakan racun rumpai kecuali semua akarnya digali dan dimusnahkan. Kesukaran untuk memusnahkan rumput yang degil ini menyebabkan peminat seni taman menggunakan pelbagai alternatif termasuk menggunakan dekorasi batu-batan sebagai penutup bumi. Antara yang paling menarik ialah penggunaan ketulan batu yang kecil dari jeram dan pulau. Bagaimanapun, teknik ini memerlukan kos yang tinggi kerana kesukaran mendapatkan bahan itu dalam jumlah yang banyak. Batu yang sering digunakan hingga kini ialah batu kerikil yang boleh diperoleh dari kuari dengan harga murah. Batu ini juga dikenal pasti mampu menghalang tumbesaran dan pembiakan rumput walau pun rizom tumbuhan itu masih terbenam di bumi. Pilih warna ikut tona ADA juga memilih warna mengikut tona semula jadinya, sama ada ingin memilih yang berwarna putih atau yang gelap sedikit. Saiz ketulannya juga boleh disusun atur mengikut cipta reka taman yang diilhamkan. Penggunaan ‘poly-pipe’ adalah sesuai untuk membuat sekatan atau lingkungan kawasan yang membezakan jenis pokok yang ditanam. Kaedah ini lebih menarik apabila batu kapur yang bersaiz besar digunakan sebagai hiasan sampingan. Ia seolah-olah mempamerkan tumbuhan di kawasan yang berbatu. Teknik seni taman seperti ini banyak dilakukan oleh pihak berkuasa tempatan yang mencipta taman hiasan di pinggir jalan raya.
This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :13457

4 thoughts on “Rumput hiasan serikan halaman

  1. Tuan,

    Nak tanya pasal rumput zoysia..
    Kalau rumput baru tanam berapa kekerapan kena siram? bila masa paling sesuai?tengah hari memang x boleh siram ke?apa kesan siram thari?

  2. Boleh sesiapa beritahu tentang jenis rumput yang dimakan oleh kucing untuk dijadikan ubatnya? Kebiasaannya kucing tempatan tau rumput yang sesuai dimakan sekiranya dia sakit .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam