Rumput gajah

Rumput gajah (Pennisetum purpureum)
Rumput gajah atau rumput napier adalah antara rumput yang biasa ditanam di negara ini sejak tahun 1950-an. Rumput ini banyak terdapat di kawasan penternak kecil yang menanam menggunakan keratan batang yang telah tua. Pertumbuhannya cergas dan hasil bahan keringnya tinggi. Hasil ini berkurangan pada musim kemarau.
Rumput gajah ialah rumput tahunan yang tegap, menyerupai tebu dan boleh tumbuh setingg 2 – 5 m. Rumput ini mempunyai umbisi yang mudah merebak dan mengeluarkan tiler. Daunnya agak lebar, nipis dan mempunyai tulang daun yang tegap. Bunga berbentuk silinder, berwarna kuning keemas-emasan tetapi biji benihnya tidak subur.
Rumput ini memerlukan tanah yang subur untuk pertumbuhan yang baik. Tanah yang paling sesuai ialah tanah perio. Ia memerlukan baja yang banyak terutamanya nitrogen untuk pertumbuhan yang baik. Boleh ditanam di kawasan tanah berpasir yang diberi baja najis ternakan atau ditanam bersama kekacang. Ternakan gemar rumput gajah yang muda kerana batangnya lembut.
Rumput gajah dipotong setiap 4 – 6 minggu dan hasil bahan kering ialah 20 – 30 ha/tan setahun dan kandungan protein kasar sebanyak 10%. Kekacang yang boleh ditanam bersama rumput gajah ialah centro dan puero.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :13179

6 comments

  1. sexy tebang pokok yg tua. potong pangkal n hujung btg. buang daun. ltk dlm pasu hiasan sblh sofa n kabinet coklat. carpet n tirai ala-ala buloh. ada pulak krusi goyang. wah! gitu!

  2. adakah rumput gajah ini sama jenis tanaman tebu gajah yang di katakan air rebusan batang nya boleh meredakan masalah penyakit kencing manis, yang juga di kenali sebagai pokok tebu teberau atau pokok teberau. perlukan jawaban.

  3. bagaimana cara pemberian air untuk rumput gajah kooefisiennya bagaimana
    trimakasih banyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam