Ros daya tarikan seluruh dunia

BUNGA mawar atau ros daripada keluarga Rosaceae bukan saja dijadikan pokok hiasan laman, malah bunga itu meraih permintaan tinggi di pasaran global kerana digemari pelbagai bangsa di dunia.

Ros daripada spesies induk diklasifikasikan sebagai baka liar yang tumbuh menerusi habitat asal membabitkan lebih kurang 150 jenis. Lazimnya, spesies ini berbunga sederhana dan tunggal (hanya sekuntum bagi setiap dahan). Ia sesuai digunakan sebagai tanaman koleksi, pagar atau dijadikan pokok hiasan latar belakang.

Ros kono pula dikenali sebagai `garden roses’ membabitkan semua jenis yang ditemui, diidentifikasi dan diperkenalkan sebelum munculnya spesies hybrid tea pada 1867.

Ros moden pula adalah spesies yang ditemui selepas 1867 yang dikategorikan sebagai hybrid tea, polyantha, floribunda, mirrianture rose dan bush rose (mawar belukar). Dipercayai terdapat 250 spesies genus Rosa sp di seluruh dunia.

Ros daripada spesies Floribunda lazimnya memiliki beberapa kuntum bunga pada satu tangkai. Warnanya kurang menarik dan tidak mampu bertahan dalam tempoh lama.

Serlahan ranggi warna oren dikenali sebagai Mercedes dan Gabriella, manakala Queen Silvia dan Selvanila dalam serlahan merah dan Laminuette dengan serlahan campuran.


Pokok Hybrid tea yang khusus untuk keratan bunga menyerlahkan susunan ranggi yang terang seperti Samantha, Visia, Christian Dior, Mister Lincon dan First Red dalam serlahan merah yang menarik.

Lady Rose, Peace, Helmet Schmidt dan Dukat berwarna oren; Alsmear Gold, Texas, Golden Times, Amber Queen, Etna dan Esmeralda dengan warna kuning; Sinia, Hara dan Noblesse dengan serlahan warna merah jambu; Tineke berwarna putih dan jingga bagi mawar yang bernama Maddelon.

Cara Mencantas

Proses cantasan perlu dilakukan bagi memastikan proses pengeluaran bunga berlaku dengan baik di samping membentuk gubahan pokok dalam serlahan yang lebih menarik.

Hakikatnya, pokok mawar adalah tanaman yang tahan lasak dan mempunyai jangka hayat yang panjang. Ia memerlukan tanah subur dan bersaliran baik yang mampu menahan kelembapan dengan julat pH sekitar 5.7. Ia hidup subur di kawasan suhu sederhana antara 17 hingga 25 Celsius.

Mawar atau ros yang ditanam tanpa sungkupan, kurang siraman dan tidak dibaja akan mudah terdedah kepada penyakit dan ancaman perosak.

Penyakit utama pokok hiasan ini ialah kulapuk downy, thrips, kulapuk berdebu dan bintik hitam pada daun. Racun semburan yang disyorkan ialah chlorothalonil dan Benomyl.

CARA MENANAM

· Ros boleh dibiakkan menerusi biji benih, keratan dan cantuman tunas. Cara yang paling mudah ialah dengan keratan batang.

· Ranting sisi dan dalam boleh dipotong dari pokok matang. Panjang keratan yang disyorkan ialah 15 sentimeter (sm) yang perlu ditajamkan pada bahagian hujungnya.

· Penyediaan tanah dengan nisbah 3:2:1 membabitkan satu bahagian pasir kasar, dua bahagian tanah kompos dan tiga bahagian tanah perlu. Sedikit debu kapur sebanyak 21 gram diperlukan bagi setiap satu liter tanah yang digunakan bagi mengawal keasidan tanah.

· Pastikan bekas semaian mempunyai beberapa lubang khas untuk saliran air pada bahagian bawahnya. Apabila menyediakan petak semaian, baja yang mengandungi nitrogen dan potasium diperlukan untuk menutup liang keratan yang akan berubah menjadi kematu iaitu tempat pertumbuhan akar baru.Kematu mula tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu. Selepas empat minggu proses pengakaran akan berlaku dengan padat

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7145

4 comments

  1. salam..nak tanya bagaimana hendak hapuskan bena putih yg melekat di daun pokk bunga ros?apa baja yg sesuai utk bunga ros?

  2. Sy penah beli 3 pasu bunga ros drp cameron. 2 pokok k.o, 1 pokok je idup. tu pun after induk dah hampir mati, nasib baik dia dah tumbuh tunas muda, so dptla idup.

    Minat sgt2 pd bunga ros, tapi wat masa ni, sy cuma dpt supply ros ngn bunga2 lain drp Cameron. kalau nak, boleh tengok kat blog sy. Ros ni, manja. tapi xtahan’n, bila nak clear batang dia, asyik kena duri je.

    Selalu’n sy letak gula dalam air, so tahanla lama ckit. Kalau xpandai jaga, 2-3 hari dah layu. Kalau pandai jg, I’Allah bleh btahan smpi 5 hari (tanpa preservative).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam