Rempah Ratus Penyedap Makanan

Beratus-ratus tahun dahulu, Malaysia merupakan pusat dagangan rempah di rantau ini dengan pedagang yang datang dari jauh dan dekat, dari Timur ke Barat sehinggalah dari Portugal ke China. Lebih-lebih lagi perdagangan telah membawa Agama Islam ke rantau kita ini, dan rempah ratus telah menjadi satu elemen yang sama/common element, dalam budaya makanan Timur Tengah dan Timur. Dalam industri perhotelan dan restoran, rempah ratus mendapat tempat yang khusus dan diguna dalam pelbagai cara dan adunan oleh chef-chef ternama didunia. Bahkan disetengah-setengah negara barat, makanan-makanan yang mengandungi rempah ratus, telah dapat menawan selera.
Bagi Malaysia, arah aliran baru ini membukakan peluang-peluang untuk usahawan- usahawan tempatan memperkenalkan makanan-makanan Malaysia, terutamanya yang dipusat-pusat Bandar negara-negara luar, seperti di Eropah dan Amerika.

Rempah-ratus banyak digunakan untuk menambah kesedapan makanan seperti kari dan rendang. Kebanyakkan rempah-ratus ini mempunyai aroma yang segar, pedas dan menyelerakan. Daun juga sering digunakan dalam masakan untuk menaikkan bau harum yang dapat membuka selera.
Di antara rempah ratus, LADA HITAM ialah yang paling popular dan digunakan dengan meluas. Ia dikenali oleh masyarakat di seluruh dunia sama ada sebagai ramuan masakan, perisa dan sos. Lada hitam atau nama saintifiknya Piper nigrum L. dari keluarga Piperaceae dikenali dengan nama yang hampir serupa di kebanyakan negara Barat iaitu berdasarkan sebutan PEPPER.
Walaupun ia lebih meluas penggunaannya dalam masakan dan makanan, namun lada hitam juga mempunyai khasiat dan kegunaan dalam perubatan berasaskan herba. Dipercayai, buah lada hitam boleh mengubati pening kepala, cirit-birit dan melawaskan kencing manakala daunnya pula merawat demam.
Antara rempah ratus yang lain ialah seperti ketumbar, jintan manis, jinta putih, bijan, halba, buah pelaga, bunga lawang, biji sawi, lada hitam, lada putih, kayu manis, bunga cengkih dan banyak lagi.Jelas bahawa rempah ratus bukan sahaja komponen penting dalam masakan-masakan yang dianggap “exotic”, tetapi juga merupakan kompenen budaya dan sejarah negara-negara dan masyarakat Islam.
Hari ini, rempah ratus telah menjadi sebahagian daripada adunan makanan banyak budaya-budaya didunia dan ianya telah mengaitkan antara makanan barat dan timur.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :7474

6 comments

  1. Assalamu’alaikum,

    nak tanya la tuan forum, kat malaysia ni ada x tanaman bijan? slama ni dok tengok biji bijan je yg ada kat beger mcd tu, tapi x tau pula camne buahnya? minta jasa baik tuan forum utk carikan info tentang tanaman bijan.

    sekian, terima kasih.

  2. Biasanya bijian banyak diimport .. di Malaysia saya tak pernah dengar pulak ada yang menanam secara komersil.. terutama bijian seperti bijan..

  3. nak tanya?

    terajak di hati nak menjual rempah ratus ni,
    macam mane nak dapatkan segala macam rempah ratus ni?
    tq

  4. MAAF SAYA NAK BERTANYA. PUAS SAYA MENCARI DALAM BAHASA MELAYU NAMA POKOK INI Anethum graveolens. SAYA HANYA BERJUMPA DALAM BAHASA INDONESIA SAHAJA IAITU ADAS MANIS. NAMA LAIN DALAM B.ING IALAH Dill/Anet.

    Harap dapat membantu.terima kasih

    Tahniah di atas pengisian yang menarik.

  5. Ada satu herba, daun dia kecil, bujur, bergerigi, dan berbau rempah.saya diberitahu nama pokok tu sage. tapi dlm internet sage tu tak bergerigi.. boleh tlg sy carikan nama pokok tu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam