Rambutan Kuning

rambutan-kuning

Siapa yang tidak kenal dengan buah ini. Satu-satunya buah yang amat popular di Malaysia. Namun, kebanyakkan yang jual di pasaran adalah rambutan merah dan jarang sekali yang menjual rambutan kuning atau ada juga yang memanggilnya rambutan gading.  Mungkinkah isinya yang kurang lekang menyebabkan ia kurang diminati. Jadi, persoalannya di sini.. Adakah anda menggemari rambutan kuning? Diharap Anda boleh memberi komen anda di ruang komen di bawah ini.

Number of View :9049

11 comments

  1. Assalamualaikum…ya, saya sukakan rambutan kuning nie.. Kat rumah parents saya ada 2 – 3 pokok rambutan kuning selain dari pokok rambutan merah. Sekarang ni tengah musimlah nie..

    P/s: “Selamat Hari Raya Aidilfitri” tuan admin… terima kasih daun keladi sebab postkan artikel tentang tumbuh2an…. ini 1st time saya bagi komen.. Maaf Zahir & Batin…

  2. Saya ada sebatang pokok rambutan ni di belakang rumah, setiap tahun berbuah lebat dan banyak peringkat, ada buah yg telah masak, berputik dan sedang berbunga, jadi saya dapat menikmati buahnya dlm jangkawaktu yang panjang…Saya suka rambutan ni kerana dia kurang berair walaupun sudah masak ranum…tetap rangup, kami di sini panggil rambutan gula batu……

  3. Saya dan keluarga adalah penggemar rambutan gading ini,isteri saya paling suka kalu terjumpa beli sahaja tak payah tanya dia. Isinya pejal,manis walaupun kurang lekang,buah lebih bulat serta kombinasi warna kulit kuning keemasan memang menyelerakan. Selalunya pokok rambutan gading berbuah lebat di pokok yang rimbun hungga berjuntaian ke tanah, sambil duduk bawah pokok pun boleh petik buah.

  4. Salam.
    Rambutan kuning jarang dijual kerana hanya lebih kurang 2% sahaja yang ditanam berbanding dengan rambutan merah yang berbagai nama.
    Ia kurang popular kerana kulit ari dari bijinya turut lekang bila kita makan berbanding dengan rambutan merah.
    Kulit ari yang melekat bersama isi rambutan akan menyebabkan kurang selesa untuk di makan dan bagi mereka yang alah boleh menyebabkan batuk-batuk.
    Terima kasih.
    Wakdin

  5. rambutan kuning kurang lekang?? .. tidak tepat tu .. selalunya terlalu lekang hingga kulit biji pun ikut lekat pada isi buah .. kebanyakkan rambutan gading isi nya agak keras sedikit berbanding dengan rambutan berkulit merah dan kulit rambutan gading lebih keras ..

    .. umumnya sebelum makan rambutan, elok buah di rendam dalam air buat seketika, untuk menghilangkan hama yang terdapat pada kulit buah yang bolih menyebabkan sakit tekak ..

  6. ambil buah rambutan gading masukkan ke dalam pasu atau besen bersama kulitnya.

    masukkan air dan garam halus atau kasar. 1 kilo rambutan = 1 gengam garam halus/kasar. masukkan air. rendam rmabutan tersebut dalam air garam sehingga kulit rambutan berwarna coklat terang atau gelap.

    kemudia, anda sudah boleh nikmatinya, rasanya manis2 masin seperti jeruk rambutan.

    enak.

  7. BIASANYA TUKANG MASAK MENGGUNAKAN NENAS UNTUK MEMBUAT MASAKAN 3 RASA.

    SEBENARNYA RAMBUTAN JUGA SANGAT ENAK DIBUAT MASAKAN 3 RASA DENGAN IKAN KERAPU ATAU IKAN SIAKAP.

    RAMBUTAN JUGAK SANGAT ENAK DIJADIKAN PAJERI SEPERTI PAJERI MANGGA, NANAS ATAU KEDONDONG.

    BUAH RAMBUTAN JUGA ENAK DITAMBAH DI DALAM MASAKAN ASAM PEDAS.

    ITULAH BEBERAPA MASAKAN BUAH RAMBUTAN YANG RAMAI ORANG TIDAK MENGETAHUINYA

  8. hmmm…x suka sgt rmbutan kng ni sbb mkn sikit dh rs sakit tekak…sbb isinya lekang n melekat ngan biji la kot. p klo berbuah mmg lagi lebat dr rmbutan merah…

  9. saya nak respon dengan pertanyaan sdr fazli tuan empunya blog mengenai sejenis buah yang dijumpainya di pasar tamu sibu baru2 ini. Oleh kerana buah itu dalam keluarga rambutan jd saya respon di ruang rambutan kuning ini agar pembaca lain pun boleh kongsi bersama. Terima kasih kerana bertanya kepada saya. Nama buah itu ialah buah bojo (melayu) atau buah mujaw (iban). Ianya sejenis rambutan liar yg terdapat dalam hutan paya sarawak. Rasanya manis dan berair. Terdapat juga buah yang hampir sama tetapi agak kecil saiznya dipanggil buah serait. Rasanya masam2 manis. Disebabkan pokoknya tinggi, orang mengambil buah2 ini dengan menebang pokoknya menyebabkan buah2 ini sukar didapati. Namun oleh kerana buah bojo boleh dikomersilkan, ada juga pekebun yang menanamnya di kebun mereka. Umur 5-7 tahun sudah mula berbuah. Musimnya sama dengan musim rambutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam