Racun makhluk perosak pertanian

Racun makhluk perosak telah digunakan dalam pertanian sejak Perang Dunia Kedua, dan sejak dari mula lagi terdapat kebimbangan mengenai pengkomersialan bahan kimia racun makhluk perosak. Buku ‘Silent Spring’ oleh Rachel Carson yang diterbitkan pada 1964 mendedahkan kesan racun makhluk perosak terhadap alam sekitar. Racun serangga era Perang Dunia Kedua, DDT diharamkan di negara maju dalam tahun 1970-an tetapi terus digunakan di India sehingga tahun 1990-an. Tragedi Bhopal 1984 menjadi pembuka mata kepada sebahagian besar penduduk India dan dunia luar.

Menurut penyelidikan terhadap gangguan kesihatan akibat daripada penggunaan bahan kimia berasaskan petroleum dalam produk pengguna dan persekitaran kerja boleh diperolehi daripada laman sesawang yang berkaitan di bawah. Bahan kimia berasaskan petroleum didapati menyebabkan kesan terhadap sistem imun dan saraf selepas pendedahan dalam jangka panjang.

Penyakit yang dikenal pasti dalam penyelidikan perubatan termasuklah kanser dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa, pelbagai gangguan neurologi, kelemahan sistem imun, gangguan autoimun, asma, alergi, ketidaksuburan, keguguran, dan gangguan tingkah laku kanak-kanak termasuk kesukaran dalam pembelajaran, mental yang terencat, hiperaktiviti dan gangguan kurang perhatian (ADD). Bahan kimia berasaskan petroleum dipercayai menyebabkan masalah ini melalui pelbagai jalan termasuklah mencacatkan DNA (gen) yang sempurna, melemahkan pembaikan DNA, mempercepatakan kehilangan gen, kemerosotan sistem pertahanan penyahtoksikan tubuh (hati dan buah pinggang) serta melemahkan pertahanan utama otak – (the Blood Brain Barrier) (http://www.chem-tok.com)

Hampir lima dekad, orang ramai dan petani telah diberitahu bahawa racun makhluk perosak penting untuk pertanian moden dan untuk memberi makan kepada penduduk dunia, pada hal perkara ini adalah tidak benar. Racun makhluk perosak melemahkan ekosistem yang telah mengekalkan pertanian manusia sejak beribu tahun lalu, memusnahkan mikrob tanah dan menghapuskan pemangsa dan serangga yang memberikan manfaat. Tambahan, serangga akan terus mutasi untuk menjadi tahan kepada racun makhluk perosak. Di sebalik peningkatan 10 kali ganda dalam penggunaan racun serangga dalam beberapa tahun lalu, kajian menunjukkan pertumbuhan 30% dalam beberapa jenis makhluk perosak. Penghasilan bagi setiap hektar dalam pengeluaran pertanian pada umumnya semakin merosot dalam banyak sistem pertanian akibat kemerosotan kandungan bahan organik dalam tanah. Adalah sesuatu yang terlambat jika kita pada masa ini tidak merancang dasar yang sempurna untuk mengembalikan semula tanah kita dengan bahan organik.

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :11066

6 comments

  1. Kini tidak perlu risau lagi. Saya ada sejenis PEKATAN KAWALAN SERANGGA 100 peratus herbal. Ia nya hasil penyelidikan bertahun olih saorang Bumiputra.Tiada setitik racun atau kimia dan amat selamat seklali. Amat berkesan dan anda akan kagum dengan hasilnya. Baru saja dipasaran. Jabatan Pertanian di Putrajay pun dah cuba dan terkejut dengan hasil nya.Hanya bolih dapat dari pengedar sahaja. Butiran lanjut bolih contact saya 019-3975323 atau emel.Beratus ribu RM telah kami selamatkan duit pengusaha sayur, buah dan bunga setakat ini.

  2. Kalau macam itu En.Yousuf boleh terangkan lebih lanjut dari ejen mana boleh dapat barang tersebut.
    Kaeadah seperti itu bagua dan tahniah.
    019-6219860

  3. pokok orkid saya bila berkudu habis kena makan dgn serangga tak tahu nak taruk racun apa minta bantuan

  4. saya berminat….camner nk dapatkan produk tuh….berapa kosnya…..bleh email gambor produk n harga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam