Pokok Tuba

tuba

Pokok Tuba atau nama saintifiknya Derris elliptica tergolong dalam famili Leguminosae. Ia sering dikaitkan dengan aktiviti untuk menuba ikan. Pokok Tuba mengandungi Saponin digunakan sebagai racun ikan (tuba), menyebabkan lumpuh pada insangnya. Saponin steroidal di temui dalam banyak tumbuhan monokotilidon dan saponin triterpenoid banyak terdapat dalam dikotilidon. Saponin adalah bahan toksik yang kuat kerana ia mempengaruhi tindakan hemolitik yang kuat ke atas sel darah merah apabila dimasukan ke dalam saluran darah.

Dari segi perubatan pula  ia dipercayai dapat merawat jangkitan kutu dan merawat gatal-gatal. Caranya ialah tumbuk lumat daun pokok ini dan disapukan ke tempat yang bermasalah. Ada siapa pernah guna pokok tuba ini? Menurut sumber, selain digunakan untuk menuba ikan, getah dari pokok tuba dicampur dengan cat untuk cat perahu. Tujuannya adalah supaya perahu kalis kepada kapang. Kapang ialah sejenis ulat penggorek kayu air masin.

Number of View :13918

5 comments

  1. salam…aku ank peneroka kt pahang….pokok ni memg byk kt dalam ladank sawit….wat semak je….sian bapak aku meracun buank pokok ni…sape2 yang suke cr ikan gune kaedah menube ni memg suke amk akar die….tp aku paling benci dgn org tube ikan…byk lg kaedah lain untk cr ikan….jaring,jala,mancing,…klu tube mati le spesis ikan…generasi akan datank xknl ikn sg dh nti…..

  2. Kalu di kelantan pokok tuba ikan mereka berbeza dari yg ini. poko tuba mereka seakan pokok kesum yg tumbuh digigi air. Dgn meramas daun tuba ni didalam air berikan, ikan akan sedaya upaya timbul dipermukaan air seolah mengambil oksigen. Ikan tak pulak mati.

  3. tuba lebih baik/sesuai dari racun kimia utk menangkap ikan .. jika dose yg kuat saja akan membunuh anak2 ikan .. ikan besar cuma mabok dan pening saja jika kena air tuba, tapi bila kesan air tuba telah tawar, ikan akan pulih semula ..tapi berbeza dgn racun serangga yg kesan nya jauh lebih merosakkan .. ular air dan labi2 pun bolih mati ..

    .. air tuba bolih di guna utk mengawal serangga sebagai ganti pada kimia komercial, yang lebih merbahaya ”

  4. Menurut arwah Opah saya akar tuba ni boleh dimasak dengan minyak untuk dibuat ubat bagi orang yang mengidap gatal pada kulit seperti kurap, tak tau le betulke tidak

  5. selain digunakan untuk menuba ikan, getah dari pokok tuba dicampur dengan cat untuk cat perahu. Gunanya supaya perahu kalis kapang. Kapang ialah sejenis ulat penggorek kayu air masin. Selain drpd tu orang tua2 cakap akar tuba digunakan utk takutkan hantu laut. Caranya ikat segumpal akar tuba lalu ikat kat haluan perahu. Lps tu redahlah lautan, insaallah aman…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam