March 19, 2024

Pokok Tillandsia atau lebih popular dengan nama Air Plant tergolong dalam famili Bromeliaceae. Sama famili dengan pokok nanas (Ananas comosus). Di dalam genus Tillandsia ini terdapat lebih dari 690 spesies di seluruh dunia. Sejak akhir-akhir ini Pokok Tillandsia semakin popular di kalangan peminat tanaman hiasan kerana ia  dapat menjadi penyeri laman. Saya dapat berjumpa pelbagai koleksi spesies Tillandsia yang dijual semasa acara Floria Putrajaya 2018.  Jarang sekali dapat berjumpa koleksi Pokok Tillandsia sebanyak ini. Harga pokok ini pun boleh tahan juga.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Mungkin anda tertanya-tanya apakah keunikan pokok udara atau ‘Air Plant’ ini. Pokok ini adalah sejenis pokok ’epiphyte’ iaitu hidup menumpang di pokok lain tetapi mendapat air dan nutrien dari udara di persekitarannya. Air dan nutrien biasanya terperangkap dan diserap melalui sisik-sisik kecil pada daunnya.
Pokok ini sesuai tumbuh hanya di atas permukaan seperti kayu, bahan seramik dan sebagainya. Ia hanya memerlukan sedikit penjagaan iaitu hanya disembur air pada pokoknya apabila diperlukan saja.

Jom kenali beberapa spesies Tillandsia !!


Tillandsia schiedeana (major)

Tillandsia ionantha (druid)

Tillandsia ionantha (curly leaf)

Tillandsia ionantha (ionantha)

Tillandsia pruinosa

Tillandsia pruinosa

Tillandsia fuchsii (v fuchsii)

Tillandsia caput-medusae

Tillandsia kolbii

Tillandsia ionantha (mexico)

Tillandsia pseudobaileyi

Tillandsia usneoides atau dikenali sebagai spanish moss merupakan spesies pokok Tillandsia yang biasa kita dijumpai. Pokok jenis ini boleh didapati dengan harga RM10-RM15.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :14212

6 thoughts on “Pokok Tillandsia @ Air Plant

  1. saya ada beli pokok ni. untuk bulan pertama dan kedua ok. saya ikut nasihat orang nurseri: spray air seminggu sekali. tapi masuk bulan ketiga pokok start layu/ hitam. Bila saya refer nurseri lain, mereka kata lain kali rendam dalam air 1 jam, seminggu sekali. sebab kalau spray belum tentu semua part dapat air. mana pokok yang belum mati saya buat la sebab dah terlambat. once dia dah start layu macam tak boleh diselamatkan dah. sedih. sebab disini mahal RM15-20 saiz kecil. di floria RM10-15.

  2. Saya ada beberapa pokok ni… Bila sy ikut cara merendam pokok…. Ia mula mnghitam n 2 sda mati???… Blh ajar tak camna mau jaga supaya subur?

  3. saya punya pokok dah beranak pinak. Mudah je, spray sehari sekali. Letak tempat yang terkena sedikit cahaya matahari. Saya tanam atas tunggul kayu yang saya beli.

  4. Hai, bunga ni mesti tanam atas kayu atau boleh tanam menumpang atas pokok lain.. Kalau kita gantung cam tu jer, boleh ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam