Pokok tetulang boleh Rawat Bisul

TULANG-TULANG atau TETULANG merupakan tumbuhan herba yang agak pelik bentuknya. Kalau dilihat sekali lalu mungkin pokok yang nama botaninya dipanggil Euphorbia tircalli ini disangka hampir mati, walaupun ia sebenarnya tumbuh segar.
Keunikan tumbuhan ini turut diakui oleh pegawai dan Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains UPM, Tajuddin Abdul Manap yang ditemui di pusat tersebut baru-baru ini.
Menurutnya, bentuk batang dan ranting dahan pokok tetulang adalah panjang dan membulat. Susunan ranting dahannya seolah-olah seperti rangka tulang manusia.

Dari sudut perubatan tradisional Melayu, pokok tetulang ini amat berkhasiat dan berkesan untuk merawat bisul, kesan bengkak dan juga kepatahan tulang.
“Walaupun ia merupakan tumbuhan tanpa daun dan buah, tetapi secara tradisi ia dikatakan mampu merawat bisul, kesan bengkak dan patah,” katanya.
Beliau menjelaskan, khasiat tumbuhan ini tertumpu pada cecair getah warna putih yang keluar apabila dipatahkan mana-mana dahannya yang sudah matang.
Tetapi untuk merawat bisul, bengkak atau patah, perlu terlebih dahulu melayurkan ranting dahannya yang segar atas api yang sederhana besar.
“Layurkannya atas api dalam beberapa minit dan bila kepanasannya reda sedikit, tuapkan ranting dahan pokok tetulang ini pada tempat yang terkena bisul, bengkak atau patah tadi.
Kemudian balutlah dengan kain bersih. Amalkan sehingga kesan kesakitannya hilang,” katanya.

….dari keratan akhbar Mingguan Malaysia

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :14975

14 comments

  1. sesiapa yg ingin melihat atau mencuba berubat menggunakan pokok herba seperti tetulangni bolehlah datang melawat taman ubat kami di SMKA Maahad Hamidiah, Kajang. Ada pelbaguai herba lain dan petua ubat tradiosional menggunakan herba seperti gandasuli ubat keguguran, pokok gelenngang(panau), temulawak unggu, kuning dan putih pelbagai guna, datangla….ke Bumi Ulamak SMKA Maahad Hamidiah..TeL: o3 87376300 atau 0173858440…cg yati

  2. pokok tetulang ini juga boleh merawat tulang patah,caranya salai pada api dan tuamkan dikawasan yang bengkak atau patah…,pada kutil pula gunakan getah putih dan sapu pada kutil…insyaallah dgn izin tuhan

  3. pkok letup-letup juga heba dan pokok semalu bagus untuk wanita.

  4. Pokok tetulang – selain dari kegunaan yang dinyatakan, saya menggunakannya sedari kanak2 sebagai ubat sakit gigi. Caranya: sapukan getah yang baru tuu pada lubang gigi (awas jangan tertelan kerana getahnya dipercayai beracun). Hanya utk gigi yang berlubang.InsyaAllah beransur sembuh.

  5. senang sgt nk mnnamnyer. pakai cucuk/cmpk jer. blh hdp dlm/luar rmh. cepat plk mbesar. mcm kaktus. nk lbh cantik jadikn ia titik tumpu di taman herba. x semestiny kwsn mesti luas. dlm tin bekas mnyk msk pn blh.

  6. Pokok ni boleh dicari di kaw. kg kg. Eksotik pokok ni.. sebab tulang-temulangnya yang tumbuh berceracak sana sini. Seperti pokok keladi hiasan yg byk kat kg, ladang, kebun, berhati-hatilah dengan getahnya. Jangan sampai terkena mata.

  7. Salam kepada semua saya merupakan seorang plajar UPM yang membuat kajian ke atas tetulang ini, di atas menunjukkan khasiat tetulang akan tetapi, mengikut kajian saya dapati tetulang ini adalah sesuatu yang agak merbahaya, ingin say beri peringatan di sini getah putih tetulang adalah highly corrosive and irritant, dan lebih malangynya di dalam getahnya terdapat phorbol yang tertentu di mana phorbol ini membantu perkembangan tumor

  8. Phorbol yang dikenali sebagai 4-deoxyphorbol ester telah dibuktikan secara klinikal membantu jangkitan Epstein-Barr virus (EBV) yang mengakibatkan kerosakan DNA pada sel imunisasi dan juga mengurangkan daya sel imunisasi (T-cell) untuk membunuh EBV ini.
    Satu kajian telah dilakukan di Afrika untuk mengkaji mengapa jangkitan EBV dan Burkitt’s lymphoma merebak meluas di kawasan di mana pendudu tempatan menggunakan tetulang sebagai rawatan alternatif yang kerap. Kajian ini menunjukkan pendedahan kepada getah tetulang ini adalah puncanya dan secara tidak langsung membantu perkembangan tumor.

  9. oleh tak pokok tetulang ini dapat merawat bisa-bisa sendi tulang. seperti bisa sendi lutut. harap dapat menjawab dengan segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam