March 19, 2024

Pokok Tekoma (English: Tecoma) atau nama saintifiknya Tabebuia rosea (syn: T. pentaphylla)  tergolong dalam famili Bignoniaceae. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Di Malaysia ia turut digelar dengan nama pokok Sakura kerana bunganya yang lebat serta berguguran seakan bunga sakura di Jepun.

Di Malaysia, pokok tekoma banyak ditanam di bandar-bandar besar khususnya di Putrajaya. Kebiasaannya, pohon tekoma sering ditanam di taman perumahan dan di pinggiran jalan sebagai tanaman landskap untuk mengindahkan persekitaran. Terdapat 2 jenis pokok tekoma yang boleh dijumpai di Putrajaya iaitu yang mempunyai bunga yang berwarna putih dan pink.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Di Putrajaya pokok tekoma mengeluarkan bunga pada bulan Ogos-September yang lalu. Bunga yang keluar dengan lebatnya menimbulkan suasana yang cukup indah. Bunga Tekoma dikatakan akan mekar sehingga 2 minggu di atas pokok. Apabila bunga tekoma mula berguguran ia mewujudkan satu  pemandangan yang unik seakan bunga sakura di Jepun.

Apabila tamatnya musim bunga, pokok tekoma akan menghasilkan buah yang seakan bentuk kacang panjang. Apabila buah telah matang ia menghasilkan biji benih yang nipis. Benih pokok ini mudah tersebar melalui angin.

>>> Dapatkan Info Terkini berkaitan tumbuhan di Channel Telegram >> https://t.me/tentangtumbuhan

Number of View :14156

1 thought on “Pokok Tekoma @ Sakura Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam