Pokok Tapak Rimau

Pokok Tapak Rimau atau nama saintifiknya Trevesia burckii merupakan pokok herba renek yang mempunyai batang yang berduri. Tumbuhan yang berasal dari famili Araliaceae dikatakan boleh dijumpai di kawasan utara Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

Apa yang menarik mengenai tumbuhan ini adalah rupa bentuk daunnya yang unik. Adakah ia menyerupai tapak kaki harimau ? Jika anda ingin melihat pokok Tapak Rimau ini dengan lebih dekat silalah berkunjung ke Taman Herba Negeri Perak.

Dari segeri khasiat perubatan ia dipercayai dapat merawat sakit perut dan melegakan sedu pada kanak-kanak kecil. Caranya adalah dengan minum air rebusan daun atau akarnya.

 

p/s: bagi yang ada Telegram boleh join Channel Grup Peminat Tumbuhan.

>> Segala info terkini dan maklumat berkaitan tumbuhan.. tanaman herba.. perkebunan dan seangkatan dengannya saya akan kongsikannya di sini..

Sila klik >> https://t.me/tumbuhan

Number of View :8843

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam