Pokok Subang Nenek

subang_nenek

Pokok Subang Nenek atau nama saintifiknya Sthenodesme temtanara merupakan pokok yang mudah tumbuh khususnya di kawasan yang lembap seperti tepi-tepi longkang yang berair. Biasanya pokok ini ditanam di tepi-tepi rumah sama ada sebagai landskap ataupun herba.

Sakit gigi atau gusi bengkak sememangnya antara penyakit yang kita kurang senangi kerana kesakitannya sahaja boleh mengganggu sebahagian besar rutin harian. Pokok Subang Nenek atau ada yang memanggilnya dengan nama Butang baju siti fatimah sememangnya dipercayai dan diakui oleh ramai pengamal perubatan dapat mengubati sakit gigi.

subang_nenek2

Caranya agak mudah, iaitu dengan mengambil beberapa helai daun-daun tersebut atau bunganya. Kemudian dibersihkan terlebih dahulu dan barulah ditumbuk daun tersebut sehingga lumat. Selepas itu sapulah di gigi atau gusi yang terasa sakit. Secara tidak langsung ia boleh mengurangkan rasa sakit gigi tersebut.

Saya sendiri pernah mencubanya iaitu dengan mengambil sekuntum bunga pokok tersebut dan diletakkan di hujung gigi gusi saya (tak sakit gigi pun, saja nak cuba). Beberapa ketika, saya terasa sedikit kebas dan berangin (macam rasa kesan dibius) di gusi saya. Barulah saya tahu kenapa ia boleh mengurangkan rasa sakit pada gusi. Saya juga pernah diberitahu bahawa sekiranya anda mengunyah 4 atau 5 kuntum bunga tersebut, anda akan rasa seperti di dalam mulut anda tidak mempunyai gigi lagi.

Anda pernah mencubanya ke sebelum ini?

—————————————————————————————

Dapatkah Hadiah Misteri Dengan Menjawab Soalan Kajian Ini <-Klik Sini

Number of View :17621

35 comments

  1. salam..

    betul 2 cek fazli, biasa bapak saya pun akan guna tumbuhan ni jika ada family saya yg sakit gigi, mmg berkesan… utk cek abu bakar, tumbuhan ni biasa hidup di tempat berpaya, macam tepi perigi yang agak semak n di tepi2 lopak air..

  2. Terima kasih atas maklumat ini. Saya selalu jumpa pokok ini tetapi tidak tahu khasiatnya. Seeloknya dibuat kajian oleh pakar untuk memanfaatkanya.

  3. info yang bermanfaat. teruskan beri info. kalau dapat dibukukan supaya ilmu ini tidak ketinggalan.

  4. Terima kasih atas info yang sangat berguna ini…bagus sangat…saya terkejut bila dapat tahu pokok yang selama ini saya cabut buang di tepi rumah keluarga rupanya bermanfaat untuk mengubat sakit gigi…terima kasih sekali lagi.

  5. Terima kasih atas info tersebut seharusnya pokok-pokok atau tanaman herba dibuat kajian dan dikomersialkan bagi manafaat bersama

  6. dimana nk dpt kn anak pokok ni atau benihnya?
    saya mahu buat kajian ke atas pokok ni..mungkin ada lagi khasiat dan manfaatnya selain untuk sakit gigi..

  7. tima kasih atas info tersebut.saya pernah jumpa pokok ini tapi tak pernah cuba sebab tak tau khasiatnya. Insyallah selepas ini saya akan mencubanya.

  8. wah bagus sungguh maklumat ni ye, kalau sakit gigi tu, rasa macam tak ingat dunia, rupa-rupanya ubat ada kat bawah kaki je…….

  9. Pernah tengok pokok ini tapi tak tahu akan khasiatnya sehingga kini,satu info yg bagus dan berguna.
    TQ

  10. bukan ke name scientific dia @ Acmella oleracea,spilanthes acmella.phytochemical yang terdapat dalam nya ialah spilantol digunakn untuk rawatan ggi or as ubat penahan sakit analgesik

  11. baru tau… khasiat pokok ni… banyak kat belakang rumah tapi sayang nak buang sbb bunga yang cantik tq info yang sangat berguna…

  12. kala kekanak dulu cuma letak kat telinga buat subang aje, patut le bila pakai kat telinga rasa selesa, agaknya kena ada rasa kebas dan tak sakit walau pada mulanya rasa sakit bila nak memakainya.
    tak sangka pulak rupanya ada elemen kebas dan berangin. dan kini baru saya tahu boleh buat ubat sakit gigi. terima kasih kerana info ini boleh dimanafaatkan

  13. Banyak terdapat dikawasan tanah lembap,tumbuh liar dan mudah membiak.khasiatnya untuk perubatan boleh digunakan untuk mehilangkan gigitan serangga.

  14. Dulu selalu jugak tengok pokok ni, suka tengok bunganya yang comel…tak sangka besar faedahnya kepada yang bersedia untuk mencuba petuanya..ye la sementara nak pgi klinik atau farmasi, bolehla cover sikit kalau dah tak mampu menanggung betapa sengsaranya “sakit gigi”

  15. Subbahanallah….ada khasiat rupanya.
    Selama ni, ingatkan rumput liar biasa je.
    Kalau x cabut mesti racun, dah tahu ada kelebihan lepas ni biar je lah pokok ni tumbuh.

  16. ini rupenyer pokok subang nenek,,,,
    penah tengok gak selalu,,,,tapi x tahu lak apa khasiatnye,,,,,
    apa2 pn TQ

  17. wow..dulu kecik2 main masak masak guna pokok ni…x sangka lak leh makan wat ubat…ermmm bagus bagus…teruskan…good luck

  18. salam. saya selalu jumpa pokok ni tp xtau plak khasiatnya. menarik dan mengujakan utk mencubanya. tkasih 4 info.

  19. Salam Sejahtera pada semua,
    Saya dah cuba cari tapi belum ada rezki lagi, kalau ada yang bermurah hati boleh lah tolong pos kan benehnya pada saya di alamat No1 Jln Siantan4 Taman Kemas, Tampoi 81200 Johor bahru. Tel 019-7331267.

  20. Tumbuhan ni banyak didapati di Sarawak khasnya di bahagian Miri & Bintulu.Di Bintulu, tumbuhan ni hidup subur di tepi-tepi jalan raya.Tumbuhan ni senang nak dibiakkan.Hanya menggunakan batang yg lembut.Ia cepat membiak & membesar.

  21. Kat kampung saya masih ada lagi pokok nie. Sebelum nie sy x tau pun namanya subang nenek. Tapi bunga n daunnya kalau kena kt mulut memang akan rasa pedar. Masa kecik2 dulu suka sangat main masak2 ngan pokok nie. Konon2 buah strawberry. Rupa-rupanya boleh dibuat ubat sakit gigi. Lepas ni saya nk tanam banyak2 lah supaya tak pupus dan anak2 saya dapat mengenal pokok2 nie.

  22. saya pegusaha teh herba pokok subang nenek dengan luas tanaman 4 ekar untuk keluaran teh herba subang nenek ismail bin bakar felda selancar 3 26700 muadzam shah pahang darul makmur .tel 0197218109 profil bs tiga herb enterprise .sijil halal gmp .TM buat malaysia .keluaran tpm biotich sungai besi KL…..kini dalam peroses mempeluaskan tanaman …..sesiapa yang berminat menjadi pakna kawasan pahang sahaja .hubunggi 0197218109 untuk temuduga tarih tamat 15 hari bulan 4 2010 tk .

  23. ambil 50 kumtum bunga subang ninik untuk gigi 2minit baik, ambil 100 kumtum untuk barah mulut kumur sahaja 2 hari baik, dan sapu tenpat kena kupu kuou yang sangat gatel 2minit baik t,kaseh saya ysmail ada jual anak pokok subang ninik 10 ringit sahaja, boleh tanam dalam pasu unyuk tamam ,, minat tel 0197218109,,halhamdulinglah cuba mudahan halhamdulinlah,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam