March 19, 2024

 

Stevia merupakan genus yang terdiri daripada 150 spesies herba daripada keluarga bunga matahari (Astereacea). Di Malaysia ia juga digelar sebagai Pokok Gula kerana dipercayai dapat mengurangkan kencing manis. Stevia yang digunakan secara meluas sebagai pemanis ialah stevia dari Spesis Rebaudiana. Ia juga dikenali sebagai sweetleaf, sugarleaf ataupun sweet herb.

 

Ia merupakan sejenis tumbuhan herba berbatang lembut. Untuk menanamnya, medium yang digunakan ialah dari jenis poros supaya tiada air yang akan bertakung selepas ia disiram.Tumbuhan ini memerlukan air yang mencukupi dan perlu disiram 2 kali sehari dalam cuaca panas. Ia akan cepat kering dan mati jika kekurangan air. Daunnya berbentuk bujur. Batangnya halus dan bergerutu. Dalam keadaan optimun stevia boleh mencapai ketinggian sehingga 1 meter atau lebih. Ia mengeluarkan bunga kecil berwara putih. Bentuk bunganya menyerupai bunga-bunga aster yang lain, cuma saiznya kecil. Bunga ini akan menghasilkan biji benih apabila matang. Pembiakan selalunya menggunakan keratan batang. Keratan batangnya mudah mengeluarkan akar. Walaupun ia boleh juga membiak menggunakan biji benih, namun kadar percambahan biji benihnya amat rendah sehingga ia jarang dibiakkan dengan menggunakan biji benih.

 

Bahan aktif yang bertanggungjawab ke atas rasa manis pada daun stevia dikenali sebagai steviol glycosides yang mengandungi stevioside dan rebaudioside. Bahan aktif ini stabil pada suhu tinggi, nilai pH yang stabil dan tidak merangsang tindak balas glycemic, menjadikan ia semakin digemari orang ramai terutamanya untuk yang ingin menghadkan pengambilan karbohidrat dan mengelakkan diabetes. Selain itu, stevia juga didapati boleh merawat tekanan darah tinggi, mengurangkan tahap asid urik dan obesiti.

Stevia telah digunakan sebagai pemanis semulajadi oleh masyarakat di Brazil dan Paraguay sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Ia mula digunakan oleh kaum Red Indian Guarani di Paraguay sejak 1500 tahun yang silam. Ia digunakan terutamanya untuk memaniskan teh herba mereka. Selain daripada itu ia juga digunakan untuk memaniskan makanan mereka. Mereka juga menggunakan Stevia sebagai penawar terutamanya untuk menurunkan tekanan darah tinggi, melawaskan kencing dan merawat luka terbakar.

 

Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16. Sejak itu ia mula digunakan dengan meluas di Eropah sehinggalah dibawa ke Asia. Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat.


Ciri paling unik mengenai Stevia
ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia. Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel, ia juga tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan. Walaubagaimanapun terdapat konflik terhadap kajian kesuburan yang dikaitkan dengan Stevia. Satu kajian mendapati ia tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan, manakala satu kajian lain mendapati air yang diekstrak daripada daun stevia didapati menurunkan paras testostron dan bilangan sperma bila diuji pada tikus jantan.

 

Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Satu kumpulan saintis lagi melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

This image has an empty alt attribute; its file name is JOM-FOLLOW-SAYA-DI-TIK-TOK-2.png
Number of View :56397

126 thoughts on “Pokok Stevia @ Pokok Gula

  1. saya mencari pembekal pokok stevia atau daun stevia kering di terengganu..sila hubungi saya 0134754012..

  2. As Salam Semua,

    Menjual semua jenis herba malaysia borong dan runcit.

    Pokok stevia, daun kerina stevia dan ekstrak stevia ada byk. Sedia menerima tempahan dari seluruh malaysia.

    Shukri
    EES HERBS
    019-5407859
    Bukit Mertajam
    Penang

  3. Saya ada membekal anak benih stevia, saya di keningau, sabah…sesiapa berminat boleh hubungi saya…pn ieda, 012-3473251..tq

  4. Kami membekal anak benih stevia, menjual daun kering. keningau, sabah…sesiapa yang berminat boleh hubungi..pn ieda, 012-3473251..tq

  5. Ini suma cita pasal anak pokok. Bapak pokok bila dah besor sapa nak beli????????????. Cuba citer

  6. aslmkm Shukri,akak tinggal kat Tasek Gelugor, akak sedang cari pokok stevia ni, brapa harga nya? akak nak tanam dalam pasu kat halaman rumah. boleh dak Shukri tlg hantar kat akak atau pun, tolong bagitau tempatnya, akak boleh ambik sendiri kat tempat Shukri? harap beri jawapan segera.

  7. gula stevia rebaudiana- 100.gm Harga Pasaran RM15.00

    (PROMOSI TERAKHIR UNTUK TAHUN 2012) MODAL PEMULAAN UNTUK MENJADI STOKIS HANYA SERENDAH RM350.00 SAHAJA (50.botol X RM7.00) PROMOSI INI BERMULA DARI 01.JUN.2012 HINGGA 31.OGOS.2012. (DAFTAR PENGEDAR HANYA RM90.00 SAHAJA)

    maklumat lanjut layari http://www.steviahub.com

  8. @Mohd Shukri – kepada pengusaha2 pokok stevia jika anda ingin mendapat hasil berlipat ganda,kurang penyakit,daun2 stevia menjadi lebih besar dan segar sila gunakan baja organik vermicompost. kami adalah pembekal dan pemborong baja organik cacing (vermicompost) dan baja organik kambing yg telah di proses menggunakan teknologi e.m. tiada bau busuk dan senang di gunakan. produk2 kami ada di dalam 3 jenis powder, pallet dan cecair ia amat sesuai untuk semua jenis tumbuhan. berminat sila hubungi 0173011396 / 0320210466 dan layari website kami di http://www.nssagro.com untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk2 dan perkhidmatan kami yang lain. terima kasih

  9. saya ada menjual exract juise stevia. 10ml harga rm 18. jika sesiapa berminat disekitar kluang johor boleh contact saya.no. tel. 0196862509. dah cuba baru tau kebaikan dan kasiatnya. dah cuba sekali, akan menggunakannya selamanya. campurkan dlm masakan, gerantee sedap.

  10. salam, ada tak kat sini yang membekalkan stevia teh perasa lemon? kalau ada sila hubungi saya 0127749457

  11. Kisah sehelai daun stevia memaniskan sebiji peria tidak tepat . Mungkin salah terjemahan atas perkataan ‘gourd’. Adalah lebih tepat dikatakan sehelai daun stevia memaniskan selabu ‘yerba mate’ (minuman herba kaum Guarani).
    Secara tradisi kaum Guarani di Paraguay menggunakan labu (gourd) sebagai bekas minuman. Kini bekas minuman yerba mate masih dalam bentuk labu cuma dibuat daripada logam. Justru terjemahan gourd kepada peria kurang tepat. Peria sinonim dengan ‘bitter gourd’.

  12. Salam saya nka beli anak pokok stevia. Blh pos ke kuantan Pahang. Fon wassap sy 01132351256.jika ada benih hub. Sy segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Protected by WP Anti Spam